Sabtu, 9 September 2017

BENGKEL PENULISAN SKRIP ADAPTASI KARYA SASTERA KE FILEM DAN TELEVISYEN



Dah bersawang blog aku ni. Tahun ni entri blog pun tak banyak. boleh nampak tahap kemalasan dan kesibukkan  aku. Entri kali ni aku bukan nak cerita bab kemalasan aku ok. kali ni aku nak seru korang ramai-ramai join BENGKEL PENULISAN SKRIP ADAPTASI KARYA SASTERA KE FILEM DAN TELEVISYEN. Bagi korang yang nak cuba dunia penulisan yang baru selain tulis artikel blog bolehlah baca maklumat lengkap dan contact yang telah diberi. Pembimbing bukan calang-calang penulis ye..Puan Maizura Ederis antara penulis yang sangat berpengalaman. Antara karya Maizura Ederis Nur Kasih, Cinta Pandang Kedua (Adaptasi), Cinta 11 Syarat (Adaptasi), Nora Elena (Adaptasi)..dan banyak lagilah..



Apa yang boleh aku cakap penulisan skrip memang antara bidang yang menarik. Bagi aku yang agak lemah nak karang-mengarang macam novel aku memang suka join Bengkel Penulisan Skrip sejak zaman study di USM. Tak tahu cara penulisan skrip tak apa nanti dorang akan ajar cuma korang PERLU MINAT MENULIS, in shaa Allah akan berjaya dengan berkat usaha dan tidak berputus asa. Tapi minat juga boleh dipupuk ok. belum cuba belum tahu.

kat sini aku dendangkan sikit tentang penulisan skrip walaupun aku ni masih lagi belajar dan terus belajar bidang penulisan skrip ini. 

Pertama kali, aku terlibat dalam penulisan skrip ni masa aku join bengkel skrip anjuran USM dan tenaga pengajar masa tu Encik Mazelan Manan. Lepas habis bengkel itu aku macam biasalah anggap macam sekadar bengkel so habis bengkel habislah kan. Then cuti sem. Jadi masa cuti tu otak aku tetiba berfikir why not aku cuba bidang ni lagipun aku memang minat menulis. idea ada cuma kalau nak tulis novel ayat aku memang memeningkan. jadi aku suka penulisan yang ringkas tapi bermakna. Kemudian, school aku adakan lagi bengkel penulisan skrip tapi kali ni bengkel skrip dalam tempoh yang agak lama sebab tenaga pengajar Puan Maizura Ederis, dijemput menjadi karyawan tamu di school aku. Kali ni memang aku tak lepaskan peluang so aku pun join. sejak dari tu aku berusaha untuk cuba bidang penulisan skrip. 

Pertama kali, aku sumbangkan idea untuk drama radio Aidiladha, Kasih Firdausi. sejak dari itu memang bersemangatlah kan.sejak dari tu aku buat proposal dan kadang-kadang cikgu aku bagi job tulis satu dua episod drama radio. bagi aku sebagai orang yang baru belajar mestilah aku happy diberi peluang menulis walaupun dialog aku taklah hebat 😆...yelah nama pun proses belajar. Setiap satu episod skrip drama radio setebal 14-15 mukasurat dibayar RM200. oklah tu sebab bukan lama sangat pun nak taip 15 m/s. cuma kerah otak cari dialog yang mantap.

UNTUK PENULISAN SKRIP ADAPTASI KARYA SASTERA KE FILEM DAN TELEVISYEN, aku cerita lah serba sikit ye. skrip adaptasi ni macam novel korang baca tu then dorang adaptasi ke filem dan Tv. Filem contohnya Ombak Rindu, Kau Yang Satu dan kalau adaptasi karya sastera ke televisyen tu ha macam drama slot akasia tv3 tu.Karya sastera ni luas ye..ada karya sastera berat macam buku-buku penulisan sasterawan dan sastera popular macam novel.


Salah satu proposal aku untuk drama Adaptasi ke drama dah diluluskan  dan aku dah buat setiap episodic drama. cuma sekarang tunggu kelulusan untuk penambahan episod. Tajuknya biarlah aku rahsiakan dulu haha..Nanti aku update dari semasa ke semasa. Proposal tu kertas kerja macam cadangan korang untuk drama korang nak tulis.

Tentang Payment setiap hasil kerja korang akan dibayar. Boleh baca disini tentang serba sikit tentang Harga skrip dan tentang skrip jugak ye ( BACA DISINI). SO, nanti bolehlah tanya serba sikit dalam kelas kalau korang join bengkel ni. Bab cabaran semua kerja atas muka bumi ni ada cabaran orang malas pun ada cabaran ok..hahaha cabaran nak jadi rajin.

ok takat ni je aku nak bebel, kalau korang ada soalan boleh tanya, aku jawab setakat aku mampu jelah.

Show comments
Hide comments

1 ulasan:

  1. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    BalasPadam