Isnin, 18 September 2017

MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN

MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN

Menikmati  secawan kopi bukan sahaja mampu memberi tenaga, ketenangan dan inspirasi sebaliknya meminum  kopi juga memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Antara kebaikan kopi untuk kesihatan adalah mengelakkan penyakit diabetis, kanser hati dan  parkinson.


TETAPI TAHUKAH ANDA BAHAWA KOPI MEMPUNYAI KEBAIKAN UNTUK KECANTIKAN?
Kopi dan dunia kecantikan bukanlah  suatu yang baru. Kopi dijadikan skrub untuk mencantikan kulit. Hal ini kerana, kopi mengandungi bahan antioksidan yang tinggi yang mampu melindungi kulit dari sinaran ultra violet  (UV) dan radikal bebas.


KEBAIKAN SKRUB KOPI UNTUK KECANTIKKAN:

1. ATASI MASALAH SELULIT
Masalah selulit bukanlah masalah kecil untuk diabaikan. Masalah selulit yang teruk bukan sahaja memberi kesan kepada struktur kulit sebaliknya boleh menyebabkan perasaan rendah diri terutamanya dalam berfesyen.  Selulit terjadi akibat berlaku akibat pengumpalan lemak di bawah kulitt seterusnya menyebabkan tisu-tisu kulit ditarik yang menyebabkan timbul garis-garis pada struktur kulit  menggerutu.
Selulit boleh memusnahkan struktur kologen dan tahap keanjalan kulit. Masalah selulit lebih dialami oleh perempuan daripada lelaki. Masalah selulit biasanya terjadi di lengan,  paha,  perut,  dan punggung.
MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN


BAGAIMANA KOPI DAPAT ATASI MASALAH SELULIT?
Skrub kopi yang terhasil dari campuran serbuk kopi, gula dan minyak kelapa mampu mengatasi masalah selulit. Kafein yang terdapat dalam kopi dapat meningkatkan pengaliran darah dan boleh mengurangkan selulit agar tona kulit lebih sekata. Gula mengandungi asid glikolik dan asid alfa-hidroksi yang dapat melembapkan kulit agar kulit kekal sihat. Manakala, minyak kelapa yang digunakan dalam campuran serbuk kopi dapat melembutkan kulit dan menjadikan tisu kulit lebih kuat elak kulit kendur.

2. MENCERAH DAN MELEMBUTKAN KULIT




MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN

Memiliki kulit cerah, lembut dah sihat adalah impian semua wanita. Skrub kopi dapat mencerahkan kulit dan melembutkan kulit wajah. Kandungan kafein kopi berperanan melindungi kulit daripada bakteria, kulat dan virus yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan pada struktur kulit. Secara alami, anda boleh melakukan homemade coffee scrub dengan mencampurkan serbuk kopi dengan serbuk koko atau coklat, susu/yogurt dan madu. Kemudian, skrubkan pada wajah anda selama 30 minit untuk dapatkan wajah yang lebih cerah dan lembut.

3. MENGHILANGKAN BINTIK HITAM (BLACKHEAD) DAN BINTIK PUTIH (WHITEHEAD)


MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN

Masalah bintik hitam dan bintik putih sering terjadi di kulit wajah terutamanya bahagian hidung. Keadaan ini menyebabkan kulit wajah kusam dan berminyak seterusnya menjejaskan penampilan diri. Biasanya mereka yang meningkat remaja mengalami masalah blackhead dan whitehead disebabkan perubahan hormon pada kelenjar kulit. Oleh itu, selain menanggalkan sel-sel kulit mati, skrub kopi juga boleh menghilangkan bintik hitam dan bintik putih. Secara tidak langsung anda sudah dapat menjimatkan wang dan masa dengan hanya melakukan skrub di rumah dengan menggunakan bahan-bahan organik.

4.MENGATASI MASALAH JERAWAT


MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN

Masalah jerawat bukan sahaja menghantui kaum wanita sebaliknya lelaki juga mengalami masalah jerawat. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kulit berjerawat. Liang pori yang tersumbat juga menyebabkan berlakunya masalah jerawat. Kewujudan jerawat secara tidak langsung menjejaskan kelenjer minyak pada kulit.Liang-liang pada kulit bersambung dengan kelenjer minyak dibawah kulit yang akan menghasilkan sebatian minyak yang dinamakan sebum.Liang-liang yang bersambung dengan kelenjer minyak dikenali sebagai folikel yang membawa sel kulit mati ke permukaan kulit. Apabila folikel tersumbat akan menyebabkan jerawat. Selain itu, faktor perubahan hormon, stress,jangkitan bakteria dan faktor pemakanan yang diamakan juga menyebabkan jerawat. Cara berkesan bagi menghilangkan jerawat  campurkan serbuk kopi dengan madu.
Jelas bahawa kopi memberi banyak manfaat bukan sahaja dari sudut kesihatan sebaliknya juga untuk kecantikan. Tidak salah sesekali anda memanjakan wajah dan tubuh anda dengan menggunakan bahan-bahan organik sebagai skrub. Selamat mencuba!

SUMBER GAMBAR: GOOGLE IMAGE
RUJUKAN:

Show comments
Hide comments

1 ulasan:

  1. Oh. Macam tu rupanya. Ingatkan kopi hanya untuk minum.

    BalasPadam