Resepi Ringkas Mudah: Sambal Kicap

sambal kicap




SAMBAL KICAP UNTUK MASAKAN SUP

Ok, Hayati bukanlah seorang pakar bab-bab masak macam chef. Setakat nak makan untuk tekak sendiri boleh je. Takpe..asas dulu nanti dah pro bolehlah campak-campak masuk kuali (kalau masak di rumah bakal mak mertua jangan campak-campak,masak penuh sopan dan ayu ok). Selalu sup kita letak sambal merah alah sambal cili kering tu (waaa..sorrylah bab istilah kurang arif). Hayati lebih suka makan dengan sambal kicap..

Bahan-bahan:

-2 Ulas bawang putih
-15-20 biji cili padi -(untuk hidangan 1 mangkuk biasa.Kalau cili spesis pedas sangat (spesis ek?)  kurangkan)
-Asam jawa
-Minyak masak
-Kicap (wajib ada, nama pun sambal kicap)
-Ajinamoto atau gula

-Garam?? tak perlu kicap dah masin karang berganda masin..


Cara-cara:

1.Blend bawang putih dan cili (masukan air sikit je ok)
2. Panaskan minyak dalam kuali (minyak jangan banyak)
3.Masukan bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak
4. masukan air asam jawa (sedikit asam jawa+sedikit air) dan biarkan seketika (dalam beberapa minit)
5.Masukkan kicap jangan terlalu banyak agak-gak hitam sikit kemudiaan,masukan gula atau ajinamoto (bulan puasa ni agak-agak jelah ye,jangan termakan pulak!tak berapa sedap boleh tambah apa yang patut lepas waktu berbuka).
6.Bila sambal kicap dah agak pekat sikit ..dah masak.Bolehlah makan dengan mi sup..

Awas! jangan letak banyak-banyak sambal dalam mangkuk sup..berdasarkan pengalaman Hayati sambal kicap ni pedas sebab guna cili padi. Maaplah kalau ada kekurangan dan bahasa tak berapa profesional hehe.





You Might Also Like

0 comments