PENGALAMAN GUNA IUNIK SERUM:PROPOLIS VITAMIN SYNERGY SERUM REVIEW



PENGALAMAN GUNA IUNIK SERUMPROPOLIS VITAMIN SYNERGY SERUM REVIEW


SERUM iunik PROPOLIS VITAMIN SYNERGY SERUM ni botol ke dua cik tie guna. Harga sangatlah berbaloi berbanding dengan harga-harga serum yang lain yang ada di pasaran RM40 (harga masa ciktie beli,korang kenalah check harga semasa) untuk 50ml.. iunik serum ni banyak jenis serum tau tapi yang paling femes PROPOLIS VITAMIN SYNERGY SERUM. sangat sesuai untuk yang ada masalah dry skin dan sensitive skin (kalau korang ada sensitif dengan propolis tak boleh ler guna serum ni hehe).cik tie beli di wako beauty di shopee




INGREDIENTS:


PENGALAMAN GUNA IUNIK SERUMPROPOLIS VITAMIN SYNERGY SERUM REVIEW
bau dia macam bau orange orange vitamin c. struktur serum iunik ni kuning2 madu orange,,tak tau nak explain.nak snap serum dah habis haha.korang google lah..



Iunik ni tulis produk dorang ada tiga fungsi:

1) powerful claming (menenagkan/meredakan)

2)Nourishing (berkhasiat/melembap ) & brightening (mencerahkan)

3)Wrinkle care (penjagaan kedutan macam anti kedutan)


PENGALAMAN GUNA IUNIK SERUMPROPOLIS VITAMIN SYNERGY SERUM REVIEW
made in korea





Powerful claming:

Bagi cik tie memang sangat berkesan untuk meredakan masalah kulit.kalau skin kita tetiba gatal-gatal,naik bintik-bintik or skin kita panas sebab pakai produk lain korang cuci muka dulu pastu sapu serum ni memang dia cepat redakan masalah-masalah semua tu...

Nourishing & brightening:
Nourishing(melembapkan) memang betul.cik tie dry skin bila guna serum ni kulit lembap je tak kering.pakai dua tiga titis pun dah ok.sangat best.

Brightening(mencerahkan):

Nampaklah jugak perubahan sebab sebelum ni kulit ciktie agak kusam sebab breakout sikit..janganlah korang fikir mencerahkan tahap pakai krim kilo kulit bagai telur dikupas ye..dia cerah cerah sekadar seri kan kulit supaya tak kusam.

Wrinkle care (anti kedutan):
Masa pakai botol pertama tak nampak sangat dapat hilangkan kedutan. Ciktie ada masalah garis-garis halus.dari jauh memang tak nampak kalau depan-depan memang nampak jugak garis-garis halus kat muka ciktie haha.botol kedua baru ada perubahan sikit.




Sekarang ni dah habis botol ke dua tapi ciktie tukar pakai produk lain.sebab pkp ciktie malas nak order online.jadi di tempat ciktie hanya ada watsons.ciktie beli anti-aging product di situ.nanti dah habis sebotol ciktie review ok..




You Might Also Like

2 comments

  1. kite pakai serum vitamin C garnier je.. nanti nak try yang ni la :)

    BalasPadam
  2. menarik jugak ni. xpernah dgr jenama ni. boleh try nanti.
    Btw, kalau sudi jemput join giveaway blog saya. Terima kasih.

    BalasPadam