ESEN EMAS KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD VS BIO ESSENCE ROSE GOLD WATER




ESEN EMAS KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD VS BIO ESSENCE ROSE GOLD WATER


Kali ni review Bio essence rose gold Water vs safi emas keremajaan Safi Rania Gold..esen safi rania gold. Memang ramai sangat nak tahu apa yang sama apa yang beza dua produk ni. So ,aku dah try esen keremajaan safi Rania gold dah masuk botol kedua (botol 100ml) kira dah setahunlah juga aku guna, Bio-essence rose gold aku baru try botol kecil 30ml baru separuh botol. Aku akan buat beberapa perbandingan dari sudut:

 HARGA

-ESEN EMAS KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD  ada botol kecil 30 ml tak silap aku. harga aku tengok dalam RM10 kalau sale dalam Rm7-8 gitulah. Untuk botol besar 100ml harga asal dalam RM32 berapa sen gitu.  Masa diskaun harga sekitar RM24..27..31 DAN pernah masa sale harga RM19.90.  dari segi harga memang berbaloi..100 ml tahan dalam5-6 bulan.

-BIO ESSENCE GOLD BIO ROSE GOLD botol kecil 30ml harga dalam RM20 berapa sen gitu. Aku beli masa diskaun RM16 je. Botol 100ml mahal sikitlah range dalam RM80 lebih tak silap. Kalau sale pun dapatlah harga RM60-RM70 tapi aku tengok kat shopee kedai yang boleh dipercayai jual dalam RM50 lebih. Secara putara harga kat shopee RM50 lebih-RM80 gitu. Aku tak pernah beli lagi yang botol besar.

JENIS BEKAS

- ESEN EMAS KEREMAJAAN SAFI RANIA dorang guna bekas plastik..
- BIO ESSENCE ROSE GOLD bekas kaca. Kena simpan elok-elok kalau pecah nangis wei tambah-tambah bekas 100ml hehehe..


Oklah malas aku nak meleret-leret bab keadaan fizikal essence korang bukan nak tau sangat pun.mesti nak tau kesan dia je kan.. masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.


ESEN EMAS KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD VS BIO ESSENCE ROSE GOLD WATER
Gambaran dekat esen safi rania gold dan bio-essence rose gold water..dua-dua ada kepingan gold gitu..

  1)      ESEN EMAS KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD

-Esen safi bagi aku memang best. Lepas pakai kulit jadi lembut je. Kalau korang dry skin atau kulit tak cukup lembap aku syorkan guna esen safi ni sebab dia melembap . lepas pakai esen korang makeup skin nampak  smooth je..dari segi hilangkan sikit kedutan halus tu ada juga. Sebab aku dah tua so adalah kedutan haluss-halus orang memang tak berapa nak nampak dah ..try tengok depan cermin kedut2 halus adalah jugak haha Cuma tak ketara. So,membantu jugaklah taklah terus hilang macam guna treatment beribu tu. Kepingan gold tu dia akan hancur bila kita sapu kan muka so jangan risau emas melekat kat muka korang hehe.


 Tapi kalau skin korang jenis berjerawat aku tak syorkan sangat sebab makin happy plak jerawat kat muka. Aku pernah stop sat esen ni dalam sebulan gitu sebab muka aku ada jerawat pasir haha..jerawat hilang baru aku pakai balik esen ni.Untuk pori esen safi ni agak kurang membantu sebab aku rasa pori aku nampak juga pakai esen ni. Dari segi melembap dan kedutan halus memang ok tapi ambil masa lah aku dekat setahun kot pakai baru ada efek itupun sikit. Sebagai peminat dan pengguna Safi sejak zaman sekolah sampai tua ,pakai produk safi ni perlukan kesabaran yang tinggi sebab dia bukan jenis produk ada efek segera. Aku pakai safi gamat tiub kedua baru jerawat aku hilang haha..sabar sungguh aku..kalau orang lain rasanya tiga hari dah tukar produk hehe.. safi ranio gold ni menggunakan technology beetox. kotak esen safi aku tak ingat letak mana..nanti detail korang google je hihi..

   2)      BIO-ESSENCE ROSE GOLD

-Hasilnya memang WOW sangat wei..skin jadi glowing. Struktur tak melekit..sangat-sangat sesuai untuk oily skin. Dry skin pun boleh pakailah berdasarkan pengalaman aku yang jenis dry skin. tapi aku nasihatkan yang jenis dry skin silalah pakai moisturizer yang hydrating hasilnya akan lebih bagus. disebabkan essence ni cepat menyerap mugkin skin korang tak berapa nak lembap so pakai bedak..fd nanti tak jd smooth gitu. aku dry skin,aku pakai toner hada labo hydrating-Esen aku kadang-kadang safi kadang-kadang bio essence.moisturizer safi gamat dan moisturizergel aku tak pakai serentaklah ikutlah tahap skin aku kalau rasa kering baru aku pakai moisturizergel kalau dah ok aku pakai safi je.Malam pakai bangun pagi kulit rasa lembut. Struktur skin makin baik dan glowing. 

Berdasarkan pengalaman aku seminggu dah nampak hasil sesuai dengan harganya yang agak mahal. Walaupun kulit aku ada jerawat sikit kat rahang bila pakai jerawat kecut taklah membiak dengan jayanya, bila skin elok nak makeup pun senang sangat. Skin pun nampaklah cerah sikit kesan sunburn muka aku dah hilang.  Dari segi kecilkan pori agak membantu. Bila pakai essence rose gold ni pori tak nampak ketara sangat.
ni stok aku, beli 4 Disember lepas. Harga RM15 gitu kat watsons..

Bahan-bahan dalam bio-essence rose gold water
ESEN EMAS KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD VS BIO ESSENCE ROSE GOLD WATER
Fungsinya...



Tapi aku paling sayang bio essence rose gold haha..Tapi bagi aku masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. aku cerita dari pengalaman aku sebagai pengguna Safi Rania Gold dan Bio Essence. Tapi kena ingat lain orang lain jenis kulit dan penerimaan produk. Mungkin sesuai dengan skin aku tetapi orang lain tak. Sebelum beli korang kena tahu jenis skin korang dan masalah skin korang nak rawat, jangan disebabkan viral je terus beli pastu nyesal plak hehe...nak beli nak try jugak beli yang botol kecil. so kalau tak serasi korang pakai jelah buat ala-ala losyen kat tangan. 



*Artikel dan review ditulis berdasarkan pengalaman penulis menggunakan produk yang dinyatakan diatas.

You Might Also Like

0 comments