
Resepi Ringkas Mudah...Lagi 9 hari kita akan menyambut
Aidilfitri. Walaupun sibuk buat persiapan hari raya jangan lupa keistimewaan 10
malam terakhir Ramadan dalam mencari malam Lailatul Qadar. Semalam Hayati
tengok berita. Hayati tak pasti slot apa tapi Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah. Tak
kisahlah slot apa yang penting Hayati tertarik dengan penyampaian beliau
tentang meminta maaf. Kita selalu nak tunggu raya baru nak minta maaf. Tak
silap Hayati Dato Dr. Fadhilah Kamsah kata jangan tunggu hari raya baru nak
mintaan maaf. Bulan puasa pun boleh bermaafkan (lebih kurang camtulah maksud
penyampaiannya, Hayati tak ingat ayat seketul-seketul) TAPI point paling
penting kata beliau belum tentu pada hari raya kita masih hidup. Oleh itu,
marilah sesama kita saling bermaafan walaupun bukan bulan Ramadan dan Syawal. Seeloknya,
sebelum kita tidur niatkan dalam hati kita memaafkan segala kesalahan orang
yang bersalah dengan kita.
Sehari tak update blog rasa rindu
kat blog Tinta Hayati. Hampir nak koma dibuatnya tawaf satu pekan bulan-bulan
puasa begini. Dipendekkan cerita, Jumaat lepas pergi bank, tunggu giliran dekat
sejam lebih dengan orang ramai ruang bank sempit, menguji kesabaran
betul. Tapi padam muka pada diri sendiri sebab siapa suruh pergi bank lewat,
pergi lewat dapat nombor angka giliran
pun memang awalll sangatt!!haha. Then, berjalan satu pekan. Memang rasa nak
pitam. Pastu hari sabtu adik-adik cuti apa lagi pakat ambil nombor giliran guna
laptop,last-last empunya laptop dok termenung je tengok pokok rambutan tengah
merimbun berbuah tapi malangnya masih hijau tak masak lagi. Laptop adik masuk
wad ICU.
Masa tengah usha fb terbaca
resepi roti popia goreng (resepi:Puan Jane Enaz), Hayati suka resepi ringkas dan mudah kalau resepi remeh-remeh memang
cepat lupa sebab tertelan banyak semut. Disebabkan semalam Hari Rajin Sedunia
Hayati pun cubalah buat roti popia goreng . Kenapa Hari Rajin Sedunia sebab sebelah pagi Hayati buat biskut cornflake
madu petang try roti popia goreng. Hari Rajin Sedunia untuk orang tak berapa
rajin hihi. Ok! Jom tengok resepi roti popia
goreng yang Hayati try..hahaha
BAHAN-BAHAN
-Roti (1 bungkus: ikut berapa
keping nak buat)
-Kulit Popia
-telur (1 biji-putih telur)
BAHAN-BAHAN INTI
-Bawang merah (dihiris)
-Asam gelugur (2 keping)
-sardin (1 tin-korang
lenyet-lenyet ikan tu bagi halus guna sudu. Macam buat sandwich)
-Minyak Masak (3 sudu)
-Garam
CARA-CARA
INTI :
1. Panaskan
minyak
2. Tumiskan
bawang merah
3. Masukan
ikan sardin
4. Masukan
asam gelugur
5. Last,
masukan garam secukup hati (bukan secukur rasa sebab sekarang bulan puasa hehe).
Biarkan agak pekat sikit jangan berkuah nanti susah nak lipat kulit popia.
6. Siap.
CARA BUAT ROTI:
1. Roti
korang potong dua.
2. Ambil
1 dan letak inti then lipat roti tu.
3. Roti
berinti tadi lipat dengan kulit popia ala-ala nak buat popia goreng (Hayati
lipat ikot suka hati je janji ok hehe). Oh ya, kulit popia Hayati guna kulit
popia besar..kecik pun takpe.
4. Letakkan
putih telur supaya kulit popia tidak terbuka semasa menggoreng nanti.
5. Panaskan
minyak dan goreng.
![]() |
Sorry..lipatan kulit popia tak chantek..tangan kita tak ada seni hehehe |
Ehh!! Mana roti popia aneka
ragam? Aneka ragam? Kalau korang nak aneka ragam korang pelbagaikan inti hihi..
Artikel berkaitan:
0 comments