RESEPI SUP DUMPLING INTI AYAM MUDAH SIMPLE SEDAP
- 12:48:00 PTG
- By tinta hayati
- 1 Comments
Rasanya macam dah bertahun tak
share resepi. Kami bukan anak dara malas masa Cuma malas nak update kat blog
je hehe. Lepas masak tergesa-gesa nak telan. Hari lain sibuk kerja. Lepas ni harap
rajin rajin update blog ..
Harini cik tie nak share cara
masak sup dumpling. Sejak tua-tua ni (umur dh 28 haha) suka makan sup-sup. Tengok
makanan manis-manis warna warni lemak berkrim dah kurang rasa nak makan.tapi
bukan nak share cara buat dumpling tau sebab dalam family , cik tie je suka makan makanan gitu. Agak tak kuasa sikit
nak buat setakat sorang-sorang je nak makan. Cik tie beli dumpling yang dah
siap dah. Doakan semoga cik tie di kurniakan kerajinan suatu hari nanti nak
buat dumpling sendiri haha..
Sup ciktie share ni sangat lah
bagus untuk buang segala hangin-hangin dalam badan. Sebab cik tie suka sup
letak banyak rempah dan letak halia lebih. (hangin cik tie lah kalau orang lain
tak tau hihi)
Kalau uoll rajin nak usha resepi simple
lain bolehlah tengok-tengok resepi CARA MUDAH MASAK KUAH LAKSA, ROTI POPIA GORENG ANEKA RAGAM,
POPIA GORENG, RESEPI MUDAH SAMBAL KICAP.
![]() |
sup dumpling yang sudah siap di masak |
BAHAN-BAHAN:
1) Dumpling
(cik tie beli yang dah siap harga rasanya dalam 5-6ringgit.seingat cik tie lah)
cik tie pilih chicken dumpling.
![]() |
ciktie guna japanese chicken dumpling.abaikan suhun tapi kalau korang nak letak suhun tak ada masalah pun. |
2) Minyak
masak
3) Bawang
putih (seulas)
4) Bawang
merah (seulas)
5) Halia
(ikut uoll lah tapi cik tie letak lebih)
6) Cili
(4-5biji)
7) Lada
hitam
8) Bunga
cengkih
9) Kayu
manis
10) Buah
pelaga
11) Jintan
manis
12) Bunga
lawang
13) Letak
ler sedikit sayur yang korang nak atau apa-apa je. Cik tie suka letak sayur.
14) Air
15) Megi
secukup rasa (kalau tak ada letak lah garam),ajinamoto sikit
16) Bawang
goreng (ciktie beli je sebungkus rm1, kalau rajin uoll gorenglah sendiri)
*bahan-bahan rempah letak
sikit-sikit udahler karang susah pulak nak makan kalau asyik tergigit rempah
haha..
*Bahan-bahan no.3 sampai no 12 tu
tumbok-tumbok manja guna lesung. Jangan hancur sangat..
*cikti masak untuk hidangan satu magkuk besar
CARA-CARA MASAK:
1- panaskan
minyak. Tumiskan semua bahan-bahan dah tumbuk tadi tu..
2- bahan
dah wangi..bawang tu perang-perang masukkan sayur
3- kemudian,
masukkan air ikottt firasat korang hehe. Tutup supaya sayur cepat lembut
4- masukkan
dumpling, megi secukup rasa dan ajinamoto
5- korang
rasalah kalau dah sedap tutuplah api. Dumpling tu dorang dah rebus siap-siap
jadi tak perlu masa sup lama-lama.pastu taburlah bawang goreng..
1 comments
macam nak try untuk berbuka nanti
BalasPadam