PRODUK PERCUMA MICRONIZED CENTELLA ESSENCE WATER L'OREAL PARIS REVITALIFT DARI HOME TESTER CLUB



Awal bulan tiga aku nampak iklan pasal home tester club produk pulak essence water L'oreal Paris kat facebook. Aku suka kalau essence sebab dah sebulan aku guna esen emas safi rania gold. Aku pun godek-godeklah cari maklumat essence water L'oreal Paris. Sekali tengok harga boleh tahan jugak boleh beli dua..tiga essence produk safi rania gold (biasalah orang tak berapa kaya haha). So aku pun cuba  nasib register untuk dapat tester Micronized Centella Essence Water L'oreal Paris Revitalift. Register free tak ada yuran ye. Kalau berminat boleh daftar di Home Tester Club




Selepas berapa hari aku tengok  emel..and aku terpilih untuk dapatkan tester essence water tu. Happy lah jugak haha..aku emel pada pihak home tester club produk hantar guna courier ape? Walaupun orang dok complein pasal pos laju tapi bagi aku lagi ok guna pos laju sebab kawasan aku kawasan kampung kalau courier lain memang agak susah sikit. Produk aku dapat dihantar guna Tiong Nam Logistic and memang aku tak pernah dengar hahaha.aku pun anggarkan ambil masa sebulan jugak lah sebab aku penah beli barang seller guna perkhidmatan courier ape ntah memang sebulan..sebulan lebih baru sampai.itulah kali pertama n last lepas tu aku make sure beli barang dari seller guna pos laju.

Dipendekkan cerita produk aku dapat agak cepat dari jangkaan...



Yang best walaupun tester selalunya orang bagi sampel yang kecik je tapi untuk produk tester Home Tester Club memang akan dapat produk yang betul-betul dipasaran. Contoh essence water ni 130ml memang akan dapat yang 130 ml.kalau produk korang pilih tester besar baldi maka besar baldilah dapat haha..

Tapi tak semua akan dapat..kalau dapat kira rezeki lah kan hihi.. Aku dalam tempoh try produk tujuh hari lepas tu kena bagi testimoni pasal produk.



Kira harini dah cukup tujuh hari aku guna essence water l'oreal paris. Pagi tadi aku dah hantar testimoni pada pihak Home Tester Club. Dorang bagi link borang survey kat email.

Nanti aku tulis entry tentang MICRONIZED CENTELLA ESSENCE WATER L'OREAL PARIS

*maaf kalau typo ke ape ke sebab aku taip kat phone...gigih sungguh sebab malas nak taip kat laptop..hihi

You Might Also Like

5 comments