FOLLOWERS

Rabu, 14 Jun 2017

ISTERI TAK CANTIK, ANAK-ANAK TIADA RUPA-LUAHAN SEORANG SUAMI-

Aku kalau ada waktu lapang sikit memang suka layan juga page Kisah Rumah Tangga walaupun aku ni masih bujang (ada sikap cewi aku nak bagitau satu dunia aku bujang..cewi kan hahaha). Selama ini aku baca je, banyak bab-bab suami curang, masalah dengan mentua ok..aku pun baca jelah walaupun kadang-kadang macam-macam emosi ada haha..lebih-lebih pulak aku ni.





Semalam macam biasa aku pun bukak page tu nak baca masalah dunia rumah tangga. ada satu luahan ni yang buatkan aku agak geram jugak. 

ok..korang baca pastu ape perasaan korang -.-


PENDAPAT AKU: 

1) tak selamanya diri itu hensem..maybe umur 50 tu  hensem tu masih ada tapi kalau dah umur 90 or 100 tahun hensem lagi ke hehe??

2)Nanti dah tua-tua anak yang kau kata tak cantik/hensem itulah nak jaga kau. lagipun budak-budak lagi. silap-silap dewasa nanti dorang lebih hensem/cantik. lagi hensem dan cantik kalau didik anak-anak taat pada agama dan orang tua.

3)Isteri kau tu ada juga usaha nak cantik, kau asyik membebel je ye,,apa salahnya beli vitamin c ke atau produk-produk kecantikkan untuk wife. sekarang ni bersepah kelas make-up. hantar jelah wife pergi kelas make-up. Belajar tutorial online pun boleh kalau kau sanggup jaga anak-anak dan bagi masa wife kau tengok video tutorial. jangan lupa beli barang makeup banyak-banyak. Nama pun tutorial haruslah ada macam-macam barang makeup..bukan setakat bedak je.

4)Walaupun kau hensem tapi masa nak kawin kau pilih wife kau jugak..mesti ada yang istimewa yang ada pada wife kau yang menyebabkan kau nak kawin dengan dia.

5) isteri kau lebih layak dapat suami yang boleh menerima dirinya seadanya. ok dengarlah lagu Stacy ni..

6) aku pun tak tahu nak taip apa lagi hehehe



aku bagi link jelah sebab tak boleh download pulak..

*Penafian: segala yang ditulis dalam entri ini adalah pendapat peribadi penulis.

BISIKAN DENDAM BAB 16

AIRMATA DARAH
SUMBER FOTO: GOOGLE IMAGE


Setiba Omar di tingkat 10, Omar meluru masuk ke dalam unit rumah terbiar itu. Peti kayu yang menempatkan mayat-mayat dibuka berhati-hati. Bau busuk menusuk masuk ke dalam hidung. Omar hampir termuntah. Mayat kedua-dua orang upahannya sudah membusuk. Omar membuka kain hitam yang diikat yang menutup mata gadis yang telah dibunuh. Saat melihat wajah gadis yang dibunuhnya Omar berundur beberapa tapak ke belakang. Mata gadis itu terbeliak. Darah merah dilehernya sudah bertukar kehitaman dan membeku.
Elina!
  Omar terduduk dan menunduk ke lantai. Matanya di pejam rapat. Segala tekaan yang berlegar di fikirannya terjawab. Ya! dia telah membunuh Elina. Omar bingkas bangun ingin menutup kembali peti kayu . Malangnya, kaki Omar terjelopok ke dalam simen lantai yang telah pecah dan tidak rata. omar jatuh tersungkur. Dadanya terasa sakit kerana terjatuh diatas peti kayu yang keras. Wajah Omar hampir-hampir mengenai wajah Elina yang sudah tidak bernyawa. Tidak semena-mena mata hitam Elina menjadi putih dan airmata darah mengalir dari matanya. Omar terkejut dan segera bingkas bangun meninggalkan bilik itu tanpa sempat menutup peti kayu yang menempatkan mayat-mayat yang sudah mulai lebam dan membusuk. Kaki Omar terasa tidak menjejak tangga. Larian Omar semakin perlahan kerana kepenatan. Sampai sahaja di keretanya Omar segera masuk ke dalam kereta menghidupkan enjin dan meninggalkan bangunan itu.

BAB PENUH DI PORTAL ILHAM [KLIK SINI]

BISIKAN DENDAM BAB 15

HUTAN SERAM
SUMBER FOTO: GOOGLE IMAGE

 "Tok harap Yusuff tidak keberatan membantu Tok."
  " Iya Tok. Lagipun dulu arwah atuk berpesan supaya menjaga kampung ini."
  "Baguslah kalau kau berfikiran begitu Yusuff. Ada tugas mencabar menanti kita. Tok harap kerja-kerja kamu tidak terabai. Kerjaya kamu juga satu amanah." Tok Mail menasihati Yusuff.
   Yusuff berpotensi mengantikannya suatu hari nanti. Walaupun Yusuff mendapat pendidikan tinggi tetapi dalam diri Yusuff mempunyai aura tersendiri. Mungkin kerana sejak kecil Yusuff telah dijaga dan diasuh oleh arwah abangnya menyebabkan Yusuff tidak kaku berhadapan dengan permasalahan masyarakay.
   "Tugas apa yang mencabar sangat itu tok?" Yusuff tahu kata-kata yang keluar dari mulut Tok Mail bukanlah bicara kosong.
  Tok Mail mengeluh berat. Bukan mengeluh kerana tugas yang menanti tetapi mengeluh kerana dia tidak pasti kejayaan atau kegagalan yang akan menanti mereka. Segala-galanya Tok Mail berserah pada yang Maha Esa. Dia akan sedaya upaya melaksanakan amanat arwah abangnya. Sebelum Tok Man jatuh sakit Tok Man telah menceritakan segala-galanya yang sedang berlaku di Kampung Lembah Perbatasan yang tidak diketahui oleh penduduknya. Tok Man berpesan biarlah perkara itu menjadi rahsia. Dia tidak mahu orang kampung risau dan hidup tidak tenteram. Tom Man berpesan andai dia tidak sempat menyelesaikan tugas itu, Tok Man berharap dia dan Yusuff menyelesaikannya.
   "Nanti Tok akan ceritakan padamu. Sekarang ini masanya belum sesuai."
Yusuff mengangguk faham.
  "Jemput minum Tok."
Tok Mail menghirup kopi kampung yang masih panas. Yusuff leka menikmati hidangan yang disediakan oleh opahnya. Daun-daun di kawasan semak tepi rumah Tok Man meliuk-liuk ditiup bayu malam. Mata Tok Mail dapat melihat lembaga hitam sedang menyeringi giginya yang tajam. Tok Mail berlagak bertenang. Seolah-olah dia tidak nampak apa-apa.

BAB PENUH DI PORTAL ILHAM [ KLIK SINI ]