NUTOX CLEANSING OIL VS SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE



Today  cik tie nak review nutox cleansing oil dan seaweed fresh cleansing balm dari secret nature..yang mana paling best paling berkesan.  Nutox cikti beli di NUTOX OFFICIAL manakala cleansing balm secret nature beli di GLAMPICK. Dua-dua store di SHOPEE.
NUTOX CLEANSING OIL VS SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE
nutox cleansing oil ni cik tie guna dah nak habis dah, seaweed fresh cleansing cik tie dah guna banyak minggu. Bagi yang tak tahu cleansing oil dan cleansing balm antara rutin penting sebelum kita guna cleanser..pembersih wajah.

 Skin cikti dry skin and sensitive skin. So,kalau korang memang berniat nak beli dua-dua produk ni bolehlah baca review yang ciktie karang ni ya .

NUTOX CLEANSING OIL
Dalam nutox diformulasi dengan oil sweet almond, organic grapefruits dan bird ‘s nest extract. Nutox cleansing oil juga tidak mengandungi  paraben,alkohol,mineral oil,pewarna  dan pewangi. Sangat sesuai untuk semua jenis skin. Kalau tengok ingredients semuanya macam ok bagi cik tie lah.

NUTOX CLEANSING OIL VS SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE
SUMBER:GUARDIAN SHOPEE


REVIEW



NUTOX CLEANSING OIL VS SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE

Bagi cik tie memang sesuai dengan my skin..Cuma tak puas bila guna nutox cleansing oil ni sebab rasa macam tak guna any produk pada muka. Bagi cik tie kurang bersihkan skin sebab ciktie lepas double cleansing, ciktie guna toner still ada kotoran di muka  terutama kalau kita makeup guna foundation or bb cream. Nak bersih lagi kenalah guna micellar water or makeup remover before guna cleansing oil. Untuk makeup simple pakai krim or tak makeup ciktie rasa ok kalau guna Nutox cleansing oil. Ciktie perasan muka ciktie masa guna Nutox cleansing oil ada sedikit tiny bump,hidung pun macam kasar dan ada sedikit whitehead.  Kelebihannya skin tak rasa kering. Sebab ciktie dry skin so bagi ciktie oklah. Dari lima bintang cikti bagi TIGA.

Price beli masa sale dalam rm19.90 ..

SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE




NUTOX CLEANSING OIL VS SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE



Ciktie dah lama nak beli cleansing balm tapi cleansing balm ni agak mahal berbanding cleansing oil. Ciktie tak suka beli produk yang mahal sebab takut tak serasi dengan skin.kalau dah serasi ciktie tak kisah. Masa sale 11.11 terjumpa GLAMPICK di shopee. Harga sangat-sangat murah 100gram SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE ni asalnya harga rm85 tapi masa 11.11 dapat harga RM10.90 tak silap cik tie dan exp JULAI 2020.oklah berbaloilah untuk kita nak try serasai ke tak kat skin kita kan. Glampick ni jual produk-produk original ya so jangan risau. SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE  di formulasi dari jeju seaweed complex dari kepulauan jeju. SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE produk dari korea.

INGREDIENT

NUTOX CLEANSING OIL VS SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE
REVIEW

Mula-mula pakai memang rasa agak tak best mugkin sebab baru first time cuba. Tiga hari pertama muka naik merah-merah di pipi mugkin juga sebab skin jenis sensitif jadi bila try produk baru dia macam ada efek sikit tapi hari keempat guna dah ok sampailah sekarang. Memang best sebab SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE cuci skin kita bersih-bersih..memang tak ada kotoran.  Whitehad black head kurang dan tiny bump pun hilang. Suka sangat guna cleansing balm. Kalau heavy makeup pun sangat-sangat bagus guna cleansing balm..tak makeup pun boleh guna..double cleansing kan hehe..rasa my skin makin ok. Cik tie bagi 5 BINTANG. Kalau ada sale lagi memang nak beli lagi haha..

NUTOX CLEANSING OIL VS SEAWEED FRESH CLEANSING BALM SECRET NATURE
struktur cleansing balm..

*Review berdasarkan pengalaman penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan buruk pemakaian produk.


You Might Also Like

0 comments