ISTERI TAK CANTIK, ANAK-ANAK TIADA RUPA-LUAHAN SEORANG SUAMI-

Aku kalau ada waktu lapang sikit memang suka layan juga page Kisah Rumah Tangga walaupun aku ni masih bujang (ada sikap cewi aku nak bagitau satu dunia aku bujang..cewi kan hahaha). Selama ini aku baca je, banyak bab-bab suami curang, masalah dengan mentua ok..aku pun baca jelah walaupun kadang-kadang macam-macam emosi ada haha..lebih-lebih pulak aku ni.







Semalam macam biasa aku pun bukak page tu nak baca masalah dunia rumah tangga. ada satu luahan ni yang buatkan aku agak geram jugak. 

ok..korang baca pastu ape perasaan korang -.-


PENDAPAT AKU: 

1) tak selamanya diri itu hensem..maybe umur 50 tu  hensem tu masih ada tapi kalau dah umur 90 or 100 tahun hensem lagi ke hehe??

2)Nanti dah tua-tua anak yang kau kata tak cantik/hensem itulah nak jaga kau. lagipun budak-budak lagi. silap-silap dewasa nanti dorang lebih hensem/cantik. lagi hensem dan cantik kalau didik anak-anak taat pada agama dan orang tua.

3)Isteri kau tu ada juga usaha nak cantik, kau asyik membebel je ye,,apa salahnya beli vitamin c ke atau produk-produk kecantikkan untuk wife. sekarang ni bersepah kelas make-up. hantar jelah wife pergi kelas make-up. Belajar tutorial online pun boleh kalau kau sanggup jaga anak-anak dan bagi masa wife kau tengok video tutorial. jangan lupa beli barang makeup banyak-banyak. Nama pun tutorial haruslah ada macam-macam barang makeup..bukan setakat bedak je.

4)Walaupun kau hensem tapi masa nak kawin kau pilih wife kau jugak..mesti ada yang istimewa yang ada pada wife kau yang menyebabkan kau nak kawin dengan dia.

5) isteri kau lebih layak dapat suami yang boleh menerima dirinya seadanya. ok dengarlah lagu Stacy ni..

6) aku pun tak tahu nak taip apa lagi hehehe



aku bagi link jelah sebab tak boleh download pulak..

*Penafian: segala yang ditulis dalam entri ini adalah pendapat peribadi penulis.

You Might Also Like

8 comments

  1. Balasan
    1. cewi tu macam..mereng..boleh juga dimaknakna sebagai mengada-ngada hahaha...

      Padam
  2. sebenarnya bile lelaki bg alasan mcm ni dia dh bosan dgn isteri. yelah.. anak dah 6 kan. mula lah cari alasan isteri tak cantik, klu tak cemana bole klua 6 anak tu bang oi.. pantang nampak dahi licin la tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul-betul..anak dah 6 kot..mmg kena kecam habis lelaki tu..

      Padam
  3. Kalau bini tu cantik, dia mesti cari lelaki hensem.... kan...

    BalasPadam
  4. Coin Casino Review ᐈ 100% up to €/$100 Welcome Bonus
    The first thing 1xbet korean that catches the eye of any cryptocurrency player is that kadangpintar the site is only accepting Bitcoin payments. The platform 인카지노 allows players to do so by

    BalasPadam