PENGALAMAN MISTIK MENYIAPKAN TUGASAN ILMU PENDINDING

pengalaman mistik seram

Pengalaman ini dilalui sendiri oleh Hayati. Tujuannya supaya pembaca lebih berhati-hati mengambil pengajaran dan iktibar daripada story ni (ilmiah gila ayat aku).
Begini kisahnya, kira-kira tiga tahun yang lalu, Hayati diberi tugasan tentang ilmu pendinding. Ala...assignment dalam bahasa omputihnya. Kami dikehendaki..kalau bolehlah siapkan tugasan berdasarkan buku-buku ilmiah dan paling penting ada tugasan lapangan. Sebut lapangan mestilah kena temuramah orang yang tertentu. Tugasan Hayati memerlukan Hayati membuat dua perbandingan amalan ilmu pendinding dari segi ilmu pendinding masyarakat melayu dan ilmu pendinding dari sudut Islam. Artikel ini Hayati fokuskan ilmu pendinding masyarakat melayu yakni kepercayaan dan amalan orang melayu dalam mengamalkan ilmu pendinding. Hayati memang seorang yang suka bab-bab mistik dan misteri (banyak sangat tengok cerita hantu hehe). So, dah dapat semua bahan dan orang yang hendak ditemuramah, tiba hari kejadian Hayati pun pergilah jumpa orang tersebut.
Disebabkan gumbira sangat nak siapkan tugasan Hayati pun tak adalah fikir bukan-bukan. Yelah masa tu manalah kita tau kita muda belia remaja lagi hihi (perasan). Hayati jumpa orang tersebut waktu malam ditemani seorang ahli keluarga (memang taklah nak p sorang-sorang.Bahaya Ok!). Semuanya berjalan lancar. Semasa berlangsungnya sesi temubual,Hayati just angguk-angguk jelah kalau ditanya. Yes..yes belaka. Tulis segala maklumat dengan perasaan gembira. Hayati jugak diberi ayat?ayat? Disebabkan happy sangat Hayati pun tak tengoklah ayat yang diberi betul ke tak. Hayati copy je ayat tu dalam buku. Dah copy automatiklah mulut kita ni menyebut. Dah dapat maklumat barulah ada semangat nak siapkan assignment. Dah selesai, sebaik melangkah keluar dari rumah orang itu memang rasa lain..seram sejuk je,tak sedap hati pun ada. Ditakdirkan malam tersebut Hayati tak boleh tidur sebab rasa panas. Atas nasihat bapa saudara Hayati, dia suruh Hayati pulangkan balik. Pulangkan  apa? Masa tu Hayati pun blerrr. Rupa-rupanya ada benda ikott. Memang takut gila dah masa tu. Selesaikan semua tu Hayati pun balik kampus.
Balik kampus masih rasa tak sedap hati. Tapi Hayati biarkan je sebab Hayati dah selesaikan dah.Rentetan bermula dari mimpi..mimpi..mimpi..Sampailah hampir dua tahun Hayati takut nak tidur waktu malam sebab asyik mimpi ngeri je.Hayati anggap mungkinlah Hayati terlupa baca doa sebelum tidur kadang-kadang penat terlelap dengan sendiri dengan jayanya. Kalau boleh malam Hayati tak nak tidur, siang kalau ada masa Hayati tidur supaya malam boleh lah stay up,walaupun baca buku otak blerr.
Akhirnya, disebabkan satu peristiwa yang tak dapat Hayati sebutkan disini menyebabkan Hayati berubat dengan pengamal perubatan Islam. Rupanya benda tu masih ikut. , alhamdulillah dengan izin Allah Hayati makin pulih dan ok.Semuanya berlaku dengan izin Allah dan pulih dengan izinNya. Selepas, pulih beberapa minggu ada tugas menarik tajuk Santau hihi. Berminat nak buat tapi selepas diceramah oleh kawan-kawan tak jadilah, Hayati just buat tajuk biasa-biasa je. Hayati kalau mimpi sebijik macam drama seram berepisod..hahaha (saat tengah taip entri ini tetiba gambar selfie adik aku muncul.Terkejut aku, gamaknya laptop terkejut seram baca story aku) .yang pasti muka makhluk tu lebih seram dari hantu dalam drama tv. Pengajarannya, kalau buat tugasan berisiko berhati-hati jangan terjah je macam Hayati.  Walaubagaimanapun, semua itu adalah pengalaman berharga. Berharga?? Bab seram pun berharga ke? Berhargalah bila kita ditimpa musibah kita sedar dan bermuhasabah diri. Berharga? Bila kita tahu ada perkara tak baik kita akan selalu ingat Allah. Betul tak? (Ok! Aku macam dok bersembang pulak. Tinggi gila tahap imaginasi tapi kisah ini kisah betul ok bukan imaginasi fantasi fantastik).
Pertama kali tulis entri panjang berjela-jela..hehe.


You Might Also Like

5 comments

  1. yati, dekat mn yati jumpa pengamal perubatan tu? masih ade lg ke kat malaysia ni? takutnye~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada..cuma perlu berhati-hati sebab luaran lain tapi disebaliknya kita tak tahu..Hayati pun tak sangka sebenarnya, masa berubat terkejut jugak.

      Padam
  2. seram sejuk baca entry hayati ... dulu ceri pun ade jgk kena ganggu masa tinggal kat asrama dulu,ingatkan ceri sorang je,rupa-rupanya ramai yg kena ganggu ngan makhluk tu huhuhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hayati dulu pun tinggal di asrama..masa sekolah jugak,asrama biasalah macam-macam kisah..hehe

      Padam
  3. Pengalaman yg bermakna..bkn semua boleh merasa. Sebagai peringatan untuk kita. TQ for sharing :D

    BalasPadam