Aku tertarik dengan satu kisah yang agak hot di facebook. Kisah pasangan pangantin baru yang baru kawin tak sampai dua minggu dah fail penceraian disebabkan suami dia nak dia makeup 24jam. Hairan sungguh! ada jugak manusia camni atas muka bumi ni. Tak ke gila 24jam nak make up kalau make up sikit-sikit tu takpe kalau make up tebal-tebal jenuhlah habis masa dengan make up je. pastu sebelum solat basuh make up lepas solat make up balik. Kesian kulit muka wife tak sempat nak bernafas ke bermake up balik. kadang-kadang kerap bermake up tebal-tebal boleh buatkan kulit wajah rosak dan berjerawat (tak semua oranglah, kalau kulit masih lawa..bersyukur jelah hihi).
.
Tapi nak salahkan suami 100% pun tak boleh sebab ada je perempuan bersolek sampai hilang wajah sebenar dorang maksud aku kalau bersolek tebal kalau make up biasa-biasa aku rasa ok lagi. Jadi, bila bersihkan wajah dorang rupa sebenar memang ketara lainnya. Nak tuduh perempuan over sangat pun tak boleh juga kalau tak make up rasa tak confident pulak. So, sesekali jumpa pasangan make up biasa-biasa atau kalau berani tak payah make up tengok pasangan boleh terima ke tak..lepastu bolehlah fikir nak terus hidup dengan mamat cenggitu ke kalau tak boleh terima kekurangan pasangan...![]() |
sumber: Lawak Hambar |
lebih baik terimalah pasangan seadanya kan..tak pun bagi suami make up 24jam tengok dia rimas ke tak hihi.. Perkahwinan bukan berlandaskan nafsu tetapi perkahwinan adalah juga menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. ok ape aku membebel ntah.
.
![]() |
sekadar gambar hiasan (Sumber foto:http://theberry.com) |
*Entri ini adalah pendapat penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa selagi penulis tak mention nama..ok bye..
2 comments
hahaha pelik pelik je orang zaman sekarang hm
BalasPadamhalamak cemni pun ado.. tapi betul mekap sampai beza sangat dengan wajah asal.. confius jadinya..
BalasPadam