Ok, jujur aku dulu memang tak
suka memasak haha suka makan je. Masa kecik dulu aku nak tolong mak aku tapi
mak aku suruh pergi main jauh-jauh sebab takut kena minyak panas hihi. Jadi,
masa aku lebih banyak habiskan masa belajar dan bermain, itu kisah masa aku
sekolah rendah. Masa aku sekolah menengah bab nak bermain ni dah kurang dah,
aku Cuma fokus belajar dan masa lapang aku , aku lebih suka habiskan masa
dengan membaca buku je. Jadi aku memang tak reti nak masak..haha masak telur goreng
tu bolehlah. Masak nasi pun terkial-kial lagi tambah-tambah kalau guna dapur
kayu or dapur gas.
Aku start memasak kalau tak silap
aku masa form 2 barulah aku terkial-kial nak masak. Bukan apa aku bosan sebab
ponteng sekolah haha. Asal ada subjek matematik je aku macam agak malas nak
pergi haha pliss jangan ikut perangai buruk aku ni. So, masa aku memonteng aku
belajar memasak kat rumah. Bukan apa masa tu kawan-kawan aku sukalah bawak
masakan dorang kat sekolah tak kisahlah cucur ke cake ke..Kawan aku masa
sekolah rendah dah terrer memasak haha aku ni balik sekolah makan je tahu..
Lepas dari itu aku dah bolehlah jugak memasak walaupun masakan simple. Kalau
boleh memasak yang simple in shaa allah akan boleh masak masakan yang agak
mencabar walaupun tak sedap haha. Ok first time aku memasak aku masak sambal
ikan. Tapi kan satu rumah sakit perut hehe..
Jadi untuk gadis-gadis yang baru
nak belajar memasak aku ada seketul dua tips. Walaupun aku ni masih lagi
belajar memasak haha. Tips untuk permulaan yang nak belajar memasak berdasarkan
pengalaman aku.
1. Haruslah ada semangat. Ok kalau malas susah sikitlah. Bagi rajin dan ada semangat sikit. Lagi satu parent pun kenalah sokong anak-anak baru belajar memasak ye. Macam aku, ayah aku puji sambal aku sedap walaupun selepas tu sakit perut haha..
1. Haruslah ada semangat. Ok kalau malas susah sikitlah. Bagi rajin dan ada semangat sikit. Lagi satu parent pun kenalah sokong anak-anak baru belajar memasak ye. Macam aku, ayah aku puji sambal aku sedap walaupun selepas tu sakit perut haha..
2.Masak masakan yang mudah. Kalau
boleh masak dulu masakan yang mudah..simple
macam sup ayam. sebab nanti kalau masak masakan yang susah-susah jadi
give up pulak kan. Tambah-tambah kalau kena kutuk hihi.
Aku rasa nak gelak baca tips aku
bagi haha..Kadang-kadang aku masak aku campak-campak je masuk dalam kuali.
Asalkan sedap udah lerr haha kadang-kadang aku pun tak tahu aku masak apa.
Dorang telan aku happy jelah kan haha.
![]() |
jangan kecam haha...ok kalau aku goreng nasi, cili berketul-ketul memang aku je selera nak makan..aku peminat makanan pedas😂😂 |
2 comments
Lepas ni bolehlah baca buku resipi pulak.
BalasPadamngeh3.. samalah. tapi CT suka gak masak cuma malas. balik kg je kazen2 ramai depa conquer dapur so kita xdak chance. tua tua ni je dapat asah bakat sket.. sikit jela kalo tengah rajin hihi..
BalasPadam