PENGALAMAN BELAJAR MEMANDU KERETA

Niat dihati teringin nak tukar template blog. Bukan apa rasa blog ini kosong je tak ada blink blink ..tak ada corak. Harapkan header je ada corak bunga rose. Tapi itulah kalau tukar template banyak benda kena buat  semuanya melibatkan code html. Terpaksalah masukkan balik code google analytics,webmastertool dan banyak lagi. Bimbang hilang code code itu. Nantilah mohon petunjuk nak tukar ke tak template hihi. Hari ini nak cerita pengalaman belajar memandu kereta. Pengalaman belajar memandu kereta? Hah! Tajuk entri aku macam nak buat karangan sekolah je. Dah lama tak menulis akibat kesibukan yang melanda. Letih! Tapi hidup mesti uruskan segala tanggungjawab yang diberi dan diamanahkan. Aku walaupun dah berumur (acah-acah  tua sangat) aku sejujurnya tak pandai nak tunggang motor dan memandu kereta. Aku pernahlah cuba tunggang motor.. last! Motor jalan dulu mujur masa tu aku tidak berada atas motor. Gerak hati aku kata baik jangan naik haha.

Bab motor. Aku agak fobia dan trauma sebab aku teringat masa aku sekolah rendah aku jatuh dari bukit tinggi. Bahana kayuh basikal laju-laju sangat. Aku tak sempat brek bergolek aku turun bukit. Landing atas rumput nasib tak langgar pokok. Seketul aku dan basikal aku terdampar haha. Sejak hari itu, aku memang tak minat kenderaan bertayar dua. Maka aku ke hulur ke hilir ke sekolah naik bas. Memang penat tambah-tambah bila aku ada kelas tambahan dan exam. Pernah jiran aku ajak naik motor dengn dia disebabkan aku je makhluk tengah tunggu bas aku pun terimalah pelawaan itu. Dengan tak pakai helmet,,redah jalan raya. Risau juga sebab on the way nak balik kampung aku ada balai polis haha. Akhirnya ketakutan aku jadi nyata masa kawan aku tengah syok tunggang motor dan aku pembonceng yang sangat penakut terserempak dengan 2 orang polis tapi jarak kami dengan polis agak jauh. Ohhh kegilaan aku. Kawan aku kata relax. Slamber je kawan aku masuk simpang apa ntah kekonon di situlah rumah kami. Bila polis dah tak ada sambunglah perjalanan balik kampung dengan jayanya. Lepas tu aku pun taubat tak nak naik motor dah kecuali dengan keluarga aku yang aku yakin selamat dan ada lesen haha.

PENGALAMAN BELAJAR MEMANDU KERETA
kisah pengalaman belajar memandu kereta


Bab belajar kereta,,Sebelum bulan puasa aku belajar drive kereta. Ok. Aku tak adalah fobia sangat sebab kereta tayar empat. Maka aku pun drive semestinya abah aku ajar aku. Aku ni jenis tak reti kalau orang sebut kiri kanan. Serius aku keliru. Kalau orang tanya kiri kata aku lebih suka sebut nama tempat je contoh lah, bank dekat bangunan kfc haha. Kiri kanan kiri kanan buntu aku. Masalah kiri kanan ni time nak belajar undur kereta. Abah aku kata stereng pusing kiri dalam otak aku dok pikir kiri ekk kiri maka tangan aku pun aku tenung je mana kiri kanan haha. Lagi satu aku ni jenis tak minat nak hafal semua nama komponen kereta tak kisahlah jenis apa pun. Aku tahu brek je..gear..Disebabkan aku belajar kereta auto adalah sederet huruf huruf ntahlah aku pun tak tahu. Aku panggil binatang itu binatang ini tekan itu ini je aku memang tak boleh hadam benda aku tak minat haha. Malah aku bila aku dah biasa drive sehala je bila abah aku ubah sikit otak aku tak boleh berfungsi dah. Paling sadis aku belajar kereta kat kawasan lombong. Adoii kalau aku tersilap langkah memang jatuh lombong. Jadi aku kena pakai spect masa belajar drive kereta sebab aku rabun tanah lombong aku tengok rata je, 

Disebabkan kawasan daerah aku ni berbukit maka semestinya banyak gaung dan cerun haha. Kawasan aku ni memang hijau je kawasan bukit kalau ada kabus mak aii sejuk menusuk tulang belulang. Jangan lupa singgah Hutan Royal Belum. Ok! kembali ke bab memandu. Paling best aku berkaki ayam je masa belajar drive kereta aku tak selesa berkasut..berselipar bagai.Aku hampir buat kesilapan besar masa belajar drive atas jalan raya, Abah aku suruh aku brek dan seharusnyalah berhenti tapi aku tertekan apa entah dan kereta itu undur.  nasiblah jalan raya tak ada orang. Tetiba aku takut. Takut terlanggar manusia haha. Sorrylah kalau korang phening-phening baca artikel aku sebab aku tak tahu istilah semua tu memang aku tak hafal dan tak ingat haha. Petang ini abah aku nak ajar aku drive kereta atas jalan raya lagi adoi nasiblah harini.. jangan terlanggar manusia udahlah.

You Might Also Like

12 comments

  1. my parents memang tak kasi kalau nak belajar motor hahaha. so I noob sgt.

    BalasPadam
  2. hehe. memang banyak pengalaman memandu kalo nak cerita

    BalasPadam
  3. sy belajar di sek memandu Imkeda dekat AU3 Keramat semasa umur 22 dah dpt kedua2 lesen slps test di JPJ Wangsa Maju. Thn 1995 kalau x silap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. abam kie...kita baru lahir abam dah ada lesen caya laa..!!

      Padam
    2. 1995? amboi hayati baru usia 3..4 taun haha

      Padam
  4. haha..baca entri cik yati gelak sorang malam2 buta..Ari pon tengah ambil Lesen motor B2...gud luck cik yati driving!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke..takpe gelak sorang jangan gelak kuat tengah2 malam..seram haha.gud luck untuk ari jugak

      Padam
  5. untung lha kereta auto..sy kete manual..but bila x praktikkn jd lupa cmne nk bwk..haha..sediyh

    BalasPadam
  6. Mula-mula mmg la susah, tapi lama kelamaan stering pun main lepas je.. Hahaha yg dh expert, masuk parking pun sebelah tgn. Hahaha..

    BalasPadam
  7. Perkongsian info: https://www.lookp.com/malaysia/driving-school

    Di sini adan senarai driving school sekitar Malaysia. Siapa yang tgh dok cari driving school tu, boleh la pergi laman web tu. Byk juga driving school kat Malaysia ni rupanya.

    BalasPadam