CARA MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI

Sebelum Hayati berkongsi cara memohon jawatan sebagai guru ganti, jomlah kita berborak dulu walaupun bukan secara lisan.Guru adalah pekerjaan mulia. Tak kisah samaada guru sekolah ke, guru silat ke bagi Hayati guru merangkumi satu skop kerjaya yang luas dan tidak hanya fokus kepada guru yang mengajar di sekolah saja. Pensyarah juga seorang guru, guru muzik pun guru dan guru kelas memasak pun seorang guru. Yang penting ilmu yang dicurahkan adalah ilmu yang diberi secara ikhlas dan sebagai pelajar kenalah menerima ilmu dengan penuh rasa kesyukuran sebab? Sebab tak semua orang bertuah menimba ilmu. Contoh, pendidikan formal tidak semua orang mampu menerima pendidikan secara formal di sekolah. Namun begitu, pendidikan tidak formal diperolehi melalui persekitaran dalam erti kata lain tidak berpaksikan sistem persekolahan jangan dipandang sebelah mata. Kadangkala ilmu tidak formal pun penting sebagai panduan dan pengalaman hidup seseorang.


Selepas tamat belajar Hayati dan beberapa orang rakan memohon sebagai guru ganti.Ada dalam kalangan rakan-rakan telah mempunyai pekerjaan dan masih mencari pekerjaan. Bukan apa daripada melepak merenung dan termenung fikir tentang masa depan tanpa berbuat apa-apa sebaiknya cari kerja sambilan sambil-sambil itu bolehlah apply kerja tetap. Cuma rezeki tidak berpihak kepada Hayati. Tak mengapa lagipun Hayati ada job sampingan ,jadi rezeki tetap ada walaupun bukan sebagai guru ganti . Hayati adalah juga bertanya keadan kawan-kawan. Ala mentang-mentang habis belajar tak kanlah lupa kawan jadi sesekali sekala bertanya khabar ewah. Kami bersembang panjang ketika beberapa hari sebelum majlis konvokesyen. Memang menghargai detik-detik itu, yelah dah habis konvo mesti susah nak berkumpul masing-masing balik negeri terchenta. Jadi guru ganti pun adalah satu pengalaman berharga. Bayangkanlah terdapat sesetengah  guru ganti bukannya belajar khusus dalam bidang pendidikan cuba menyesuaikan diri dengan dunia pendidikan. Kalau mereka memang dari pendidikan mungkin sudah berpengalaman kerana menjalani Latihan Mengajar.


Yang pasti kisah dari guru ganti atau guru tetap memang sama. Hayati juga mempunyai ramai kawan-kawan dari bidang pendidikan. Bukanlah satu keluhan bebanan sekadar berkongsi luahan. Sebagai manusia semua jiwa memiliki perasaan dan perlukan tempat untuk berkongsi cerita. Kata mereka budak-budak zaman sekarang ini perangai sangatlah berbeza.Bayangkan baru tahun 1,,tahun 2 dah pandai macam-macam ( faham-faham  jelah.Pemikiran yang tak sepatutnya ada dalam fikiran seorang kanak-kanak). Hayati mendengarnya pun terkejut sopan (tak nak guna ayat terkejut beruk).  Jangan asyik salahkan cikgu je mak ayah pun kenalah pantau-pantau anak tambah-tambah sekarang ini zaman gadget,internet bagai. Ok, jom Hayati kongsikan cara memohon guru ganti. Ini berdasarkan pengalaman Hayati dan kawan-kawan.

CARA MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI
CARA MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI 


CARA MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI DI SEKOLAH:

1) Ambil borang di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Kamu pergi ke pejabat PPD dan beritahu kamu mahu borang guru ganti. Hayati tanya di kaunter pertanyaan (memang kaunter untuk bertanya pun). Then, pihak PPD bagi borang permohonan guru ganti kamu isi borang dan serahkan salinan dokumen yang diminta. Tak silap Hayati terdapat sesetengah PPD menyediakan borang secara online.

2) Hubungi Pihak Sekolah

Kalau kamu tak dipanggil temuduga setelah hantar borang permohonan kamu bolehlah hubungi pihak sekolah bertanyakan samada masih mempunyai kekosongan jawatan guru untuk kamu gantikan sementara. Kalau kamu diambil oleh pihak sekolah gaji kamu dibayar oleh PIBG. Kawan Hayati tamat kontrak dengan PPD kemudian perkhidmatannya disambung oleh PIBG sekolah.

Biasanya tempoh mengajar sebagai guru ganti 2.. 3 bulan tapi terpulang pada situasi dan keadaan.
Walaubagaimana pun semoga perkongsian ini bermanfaat sebab Hayati tahu tak semua orang tahu bagaimana cara  memohon jawatan sebagai guru ganti J. Kalau ada yang ingin tambah maklumat silalah tambah di ruangan komen.




You Might Also Like

0 comments