Perghh!! Tak boleh blah
betul tajuk entri aku hari ini. Hayati mula pakai cermin mata a.k.a spec (betul
ke ejaan i,lantaklah janji bunyi sama hahaha) semasa berada di Tingkatan 1 ,
Itu pun pakai tak lama sebab ada seorang kawan Hayati ni..jantina lelaki suka
ejek aku. Dia panggil aku PROFESSOR. Terus aku tak nak pakai spec ,lebih rela
sepetkan mata nak tengok whiteboard. Hayati seorang yang suka membaca. Tak
kisahlah cahaya lampu terang ke malap tapi zaman sekolah dulu suasana malap pun
ok baca buku walaupun abah tegur banyak kali,buat poyo je.
Mata Hayati makin lama makin
kabur je. Biarjelah, dalam hati tak ada keinginan nak pakai spec. Segalanya
bermula masa belajar di universiti hari pertama kuliah. Gila memang tak nampak
slide kuliah. Terpaksalah sepetkan mata 2 kali ganda sampai tak nampak bentuk
mata. Terpaksalah Hayati minta bantuan kawan
Hayati (dia senior dah kat situ) temankan ke kedai spec. Yelah kita kan first
year masa tu manalah tahu jalan kat situ lagi. Pergi kuliah pun cari kelas tak
jumpa..sesat ok.
Terima kasih daun keladi ehhh silap terima kasih cermin mata kesayanganku kerana banyak berbakti pada tuanmu yang mereng ini hihi. |
Dah ada spec, Hayati just
pakai masa ada kelas je, kalau nak berjalan-jalan cari pasal memang taklah nak
pakai..rimas! Disebabkan Cuma pakai spec masa berada dalam kelas, membuatkan
Hayati sering lupa bawa spec masa tengok wayang. Walaupun terjemahan kat skrin
wayang tu besar-besar tapi pedih mata tengok lama-lama. Rasa tak best tengok
wayang tanpa spec. Nak pinjam spec kawan,kawan pun rabun (suka hati je nak
pinjam,power tak samalah). Pernah terlupa bawa spec pergi kelas,masa nak tengok slide kuliah mulalah aktiviti kecikan matat, sepetkan mata ala-ala kenyit mata gitu, pensyarah tegur haha.
Masalah lain timbul bila
orang ingat Hayati sombong haha. Yelah orang lambai-lambai
(kawan-kawan,junior,senior) Hayati tak nampak,mai dekat depa cakap lambai tak
balas pun. Hayati pun sorry..sorrylah then beritahu Hayati tak
nampak..rabun,kalau nak aku balas lambaian rindu korang mohon seru nama aku
kuat-kuat biar dengar satu malaya ni hehe. Paling sadis kalau tak pakai spec
Hayati nampak tanah ,lantai,tangga rata je..kadang-kadang nak tersungkur pun
ada. Kalau muka ala-ala ratu cantik tak pelah tersungkur mana tau tertampar ceo
or jutawan hahaha (dramatik betul! ok imaginasi aku dah melampau).
Tapi itulah..bila meningkat
usia ini (ala-ala dah tua) satu-persatu nikmat yang Allah beri diambil semula
tapi salah diri sendiri juga sebab tak reti jaga pemberianNya. Oleh itu,
jagalah mata anda J
(macam ayat iklan je).
1 comments
i feel you. Saya jenis macam ni jugak. Dalam kelas je pakai spec. Tu pun kalau ada guna slide. Kalau lecturer dok membebel je automatik bukak spec hihi
BalasPadam