Novel Seram: Projek Seram ISTANA

Assalamu’alaikum..

Buku Prima memang terbaik. Hayati memang suka baca buku seram. Zaman sekolah dulu layan novel-novel romantik je sekarang ini alih minat baca novel seram. Sebenarnya sebelum-sebelum ini pun novel seram memang Hayati beli terbitan Buku Prima. Serius sejak kebelakangan ini Buku Prima tidak pernah menghampakan Hayati. Novel-novel seram terbaik dari Buku Prima memang best. Novel seram PROJEK SERAM: ISTANA sangat berbaloi dibaca pembaca yang meminati novel seram.
novel seram istana


PROJEK SERAM: ISTANA

Dalam novel ini ada 4 buah cerita yang ditulis oleh 4 orang penulis..
1)      Maria Kajiwa (Gundik Uyang)
2)      Syasya Bellyna (wujud)
3)      Helmi Effendy (Purbakala)
4)      Naim Tamdjis (Korban Gangren)

SINOPSIS DARI NOVEL:

Tajuk: Projek Seram: Istana
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbitan:    2016

   Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia, sehinggalah dia kembali ke Hutan Tujuh Tangga menjejak Istana Perlambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang?

                Pabila mentari pucat-lesi, terbukalah kunci./GUNDIK UYANG

   Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadan satu per satu dari rekod negara sehinggalah mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang telah menyebabkan kewujudan si ‘puaka’
                Jika aku merupakan sebuah ‘kesilapan’,

                Kau juga tidak boleh wujud./WUJUD

Siapa sangka ekspedisi Profesor Eiqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina sejak zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan.

                Bangunlah wahai Cempakasari
                Dari darah 1000 orang perawan sunti.../PURBAKALA

Azhael seorang kontraktor telah mendapat kontrak pemuliharaan Istan Seri Menanti. Walau bagaimanapun apabila Azhael mahu pulang melaui jalan lama Bukit Putus bersama teman sekerja Ismet, keretanya telah rosak di tengah jalan. Azhael telah ternampak sebuah istana lama di atas Bukit Putus. Azhael cuba meminta bantuan dan akhirnya dia terperangkap di dalam istana. Berjayakah Azhael dan Ismet melepaskan diri daripada menjadi korban upacara ritual membangkitkan Raja Gangren.

                Jika sudah masuk ke dunianya, korban pengakhirannya./KORBAN GANGREN

Sinopsis dari Hayati sebuah cerita je kalau nak tahu baca kisah-kisah lain dalam novel Istana ini kenalah beli :D

Hayati pilih cerita Gundik Uyang:

SINOPSIS GUNDIK UYANG

Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib dihantui dendam Gundik Uyang (Uyang Cendrakeni) kerana memisahkannya dengan suami yang disayangi. Uyang Cenderakeni gadis yang tidak diketahui asal usulnya cedera dipanah oleh Tengku Wazir, putera Sultan Sulaiman ketika berburu. Uyang dirawat di istana dan sembuh. Kejelitaan Uyang menambat hati Tengku Wazir walaupun Tengku Wazir telah beristerikan Tengku Rani Baiduri dan mempunyai 20 orang gundik. Akhirnya, Uyang menjadi gundik Tengku Wazir yang paling disayangi Tengku Wazir.Kehadiran Gundik Uyang tidak disenangi Tengku Rani Baiduri dan gundik-gundik yang lain. Keadaan ini menyebabkan Tengku Wazir dan Gundik Uyang berpindah ke Istana Perlambangan atas permintaan Gundik Uyang. Sejak itu, Tengku Wazir melupakan keluarga dan pentadbiran negara. Dunianya hanya dengan Gundik Uyang di Istana Perlambangan. Sultan Sulaiman bimbang keadaan Tengku Wazir dan meminta Pawang Taib membawa pulang Tengku Wazir. Setelah diamati Pawang Taib mengetahui bahawa Gundik Uyang bukanlah manusia. Dalam misi membawa pulang Tengku Wazir, Pawang Taib diserang Gundik Uyang. Sebelum meninggal dunia, Pawang Taib mengamanahkan anaknya menjaga keluarga Sultan Sulaiman dan menyumpah Gundik Uyang. Tok Isa, waris Pawang Taib berusaha menghapuskan Gundik Uyang yang telah terlepas dari sumpahan yang dibuat oleh Pawang Taib. Keadaan bertambah hura-hara apabila kerabat diraja keturunan Sultan Sulaiman dibunuh dan kemunculan Tengku Faizal, waris Sultan Sulaiman menyebabkan kemarahan Gundik Uyang.

Apabila keluar asap dari muka bumi,matahari pucat-lesi,terlerailah janji,terbukalah kunci..

-GUNDIK UYANG-
SELAMAT MEMBACA




You Might Also Like

0 comments