Cara Belajar Berkesan: Pemilihan Tempat Ulangkaji Pelajaran
- 10:28:00 PG
- By tinta hayati
- 0 Comments
sumber: Google Image |
Peperiksaan dan pelajar tidak dapat dipisahkan. So,minggu studyweek tu penting ok lakukan persiapan. Exam mestilah kena buat ulangkaji. Tapi...tempat mana yang sesuai untuk ulangkaji pelajaran?
Bilik hostel tak boleh ke? Boleh je tapi kalau korang tertidur dengan jayanya dan lenanya kemudian bangun tidur menyumpah..marah-marah batal dan katil sebab menyeru-nyeru korang tidurlah..tidurlahhh..lebih baik cari tempat ulangkaji pelajaran yang lebih baik dan sesuai.
Tempat ulangkaji yang sesuai untuk ulangkaji pelajaran:
1) MASJID/SURAU
Masjid dan surau bukan sekadar pusat untuk beribadat tetapi mempunyai banyak fungsi lain. Tak salah kalau nak belajar/ulangkaji dalam masjid atau surau yang penting jaga adab. Jangan korang menggilai macam pontianak pulak sebab stress. Kalau dalam masjid or surau jangan buang sampah merata-rata ok. Bila ulangkaji dalam masjid atau surau kita akan dapat rasa kelainannya. Lebih tenang dan sukar nak rasa mengantuk tapi kalau nak terlelap tu janganlah macam tidur kat rumah/asrama siap pakej berdengkur.
2) PERPUSTAKAAN
Perpustakaan antara tempat yang terbaik untuk ulangkaji pelajaran. Kebanyakkan perpustakaan menyediakan ruangan untuk pelajar buat ulangkaji dan dilengkapi dengan komputer dan capaian internet. Sambil-sambil tu bolehlah cari buku untuk tambah maklumat. Almaklumlah, nak jawab exam satu soalan jawapan 4 halaman mukasurat. Nota kuliah huraiannya pandai-pandailah cari sendiri. Jangan tunggu orang suap je heheh.
3) TAMAN
Belajar di taman pun ok jugak. Dapat tengok pemandangan cantik, hijau..tak boring. Cari kawasan yang teduh. Jangan baca buku tengah-tengah panas karang tak pasal sakit kepala pulak kan pastu mula nak pengsan.
Kat kedai makan boleh tak? Boleh je kalau korang jenis dapat pekakkan telinga sebab kedai makan mesti suasana agak bising dan bpleh tahan bau masakan (kalau tempat agak tak sibuk dengan pelanggan boleh kot) ..tapi tak digalakkan. Kalau nak bincang santai-santai pasal pelajaran tu ok je tapi kalau nak menghafal, membaca...tak sesuai..Kaedah ini boleh diamalkan nila-bila masa tak payah tunggu dekat nak exam J.
0 comments