Bidang Pengajian Kesusasteraan

Assalamu’alaikum..

Penulisan blog kali ini, Hayati nak jelaskan serba sikit tentang bidang kesusasteraan. Kalau kita sebut Kesusasteraan mesti masyarakat fikir pelajar sastera hanya belajar tentang sajak,cerpen dan baca novel. Siap ada orang tanya Hayati : hari-hari pergi kelas budak sastera belajar deklamasi sajak dan baca hikayat ke? =,=! OK..baguslah kalau orang tanya kita boleh terangkan..betul tak?. Hayati harap penulisan ini walaupun tak banyak sikit pun jadilah masyarakat mengetahui tentang bidang Kesusasteraan.

Bidang Pengajian Kesusasteraan


SAJAK,NOVEL,CERPEN,HIKAYAT.

Memang betul sebagai pelajar Sastera, kami belajar sajak,novel..cerpen tapi bukanlah sekadar membaca malah kami diberi tugasan agar memahami..menggali secara lebih mendalam tentang bahan yang kami baca. Contoh, diberi tugasan membaca cerpen Taking Shelter, sebuah cerpen yang ditulis oleh pengarang Yahudi Amerika Latin. Kami perlu menggali sedalam-dalam penyampaian tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis. Taking Shelter sebuah cerpen tentang dua watak berbangsa Yahudi yang dahulunya menetap di Amerika Syarikat kembali ke Jurusalem,Israel. Jadi, kami perlu kaji dari sudut teori yang sesuai contoh dalam cerpen Taking Shelter (Teori Diaspora), sejarah tentang bangsa Yahudi, sejarah negara Israel, sejarah Amerika-Israel, sejarah bangsa yahudi di Rusia..dan macam-macam lagi untuk lebih memahami karya tersebut. Belajar hikayat memerlukan kami membaca hikayat-hikayat lama yang tebal-tebal dan  agak sukar difahami. Perlu baca berulang-ulang kali.Yang paling menarik, kisah-kisah hikayat melayu di luar negara terutama di Belanda sangat dihargai..sehinggakan universiti di sana mempunyai Fakulti Manuskrip dan Pengajian Melayu. Seperti kita ketahui manuskrip lama melayu bertulisan jawi lama yang sukar dibaca.

SASTERA DAN MEDIA BARU

Sastera dan Media Baru mungkin sesuatu yang jarang orang tahu atau tidak tahu. Di barat, Sastera dan Media Baru sudah lama diperkenalkan.

Antara subjek yang berkaitan Sastera dan Media Baru:
-Kritikan sastera, Media dan Budaya
-Kesusasteraan, Filem dan Media Baru
-Kesusasteraan Kanak-kanak dan remaja
-Fiksyen Sains dan Media Baru

Bagi kami, subjek berkaitan sastera dan media baru ini memang baru sebab semasa zaman kami Tingkatan 6 kami tidak belajar Sastera dan Media Baru. Agak mencabar bila dapat tugasan yang memerlukan kami aplikasi sastera dalam media baru.Contoh, kena buat puisi digital, sastera dan animasi..

KESUSASTERAAN BANDINGAN , KESUSASTERAAN EROPAH DAN AMERIKA

Belajar tentang perbandingan karya-karya terkenal dunia, merentasi sempadan negara dan disiplin ilmu. Contoh, teori dan kajian perbandingan karya sastera dan filem. Kesusasteraan Eropah dan Amerika belajar dalam bahasa Inggeris sebab kesusasteraan bukan kesusasteraan Melayu. Jadi tak fokus belajar sastera Melayu sahaja.

PENULISAN KREATIF DAN PENYUNTINGAN

Penulisan Kreatif dan Penyuntingan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Penulisan Kreatif dan Penyuntingan I dan II. Penulisan Kreatif dan Penyuntingan 1, kami belajar menulis sajak,cerpen,sunting artikel..bukan waktu tutorial saja tapi waktu exam pun kena mengarang. Dalam kuliah belajar teori dan teknik Penulisan Kreatif dan Penyuntingan. Penulisan Kreatif dan Penyuntingan II, lanjutan dari subjek Penulisan Kreatif dan Penyuntingan 1, kalau sesiapa berbakat dan berminat menulis dan menepati syarat-syarat akan belajar Penulisan Kreatif dan Penyuntingan ll. Penulisan Kreatif dan Penyuntingan II pelajar perlu siapkan 12 buah cerpen berdasarkan tema yang diberi oleh pensyarah. Boleh pilih nak tulis cerpen,novel..sajak..kemudian,bukukan cantik-cantik.

KAJIAN LUAR

Kalau jenis minat berjalan..jumpa orang sana sini bolehlah daftar kursus kajian luar. Pergi tempat kajian. Kemudian balik mengarang tugasan. Yang penting, tajuk tugasan kajian luar diluluskan pensyarah kalau tak cari tajuk lain. Tugasan tak boleh sama tajuk dengan kawan-kawan..

LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri siapa berminat boleh daftar subjek latihan industri.  Tahun lepas (2015) pelajar sastera menjalani latihan industri di syarikat:

-Dewan Bahasa dan Pustaka
-Penerbit Usm
-Produksi Filem/Drama
-Stesen Radio..
-lain-lain..

Bahagian kesusasteraan juga banyak menganjurkan program seperti persidangan peringkat kebangsaan..antarabangsa, bengkel seperti Bengkel Asas Animasi, Bengkel Penulisan Skrip drama/filem.


Begitulah info yang dapat Hayati kongsi pada hari ini. Kursus kesusasteraan Hayati tulis ini berdasarkan kursus kesusasteraan yang ditawarkan di USM tahun 2012 hingga sepanjang 3 setengah tahun pengajian di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,USM. 


Sekian..Selamat membaca...

You Might Also Like

0 comments