Pengalaman masuk ke universiti

Dunia kampus part 1:

Sebelum masuk universiti

Result SPM..STPM..dah diumumkan. Mungkin sekarang ni masing-masing tengah fikir halatuju masa depan. Bekerja atau belajar? betul tak? Nak bekerja pun boleh nak belajar pun ok.Pilihan di tangan korang. Bekerja pun belajar jugak kan plus plus dah kerja ada pengalaman+pengetahuan. Belajar di universiti/kolej bertambah-tambah pengetahuan dalam bidang yang dipelajari. Ruangan ini Tinta Hayati ingin berkongsi pengalaman mula-mula yang bakal korang lalui selepas dapat tawaran U. 

1. Setelah korang dapat surat tawaran U, ok..smile sikit je..
tak nak smile pun ok je hihi (kes dapat bidang yang tak diminati).

2. Korang mula urus apa yang patut. Print surat-surat yang patut ..

3.Buat persiapan..beli barang keperluan diri. Baldi,.ubat gigi..korang kena beli sendiri..kalau korang pernah ada pengalaman tinggal di asrama korang mesti tahu apa yang patut bawak.Kalau korang jenis pelupa, catat senarai barang atau dokumen penting yang perlu dibawa.Bukan apa karang tengah on the way..terlupa barang, kalau rumah dekat U boleh je nak tinggal barang hehe..

Pengalaman masuk ke universiti

4.Angkut segala baju,..kasut dan harta korang, kemas dalam beg siap-siap.

Pengalaman masuk ke universiti
amboi banyaknya..sekadar hiasan..
5. Kalau nak tahu lebih banyak info..korang add group universiti di laman sosial..facebook.. Kalau ada kawan-kawan..kaum keluarga,jiran kampung/bandar yang belajar di universiti boleh la tanya kalau tak tahu.

-sekadar berkongsi pengalaman-




You Might Also Like

0 comments