SAMBAL KICAP UNTUK MASAKAN SUP
Ok, Hayati bukanlah seorang pakar
bab-bab masak macam chef. Setakat nak makan untuk tekak sendiri boleh je. Takpe..asas dulu nanti dah pro bolehlah campak-campak masuk kuali (kalau masak di rumah bakal mak mertua jangan campak-campak,masak penuh sopan dan ayu ok). Selalu sup kita letak sambal merah alah sambal cili kering tu (waaa..sorrylah
bab istilah kurang arif). Hayati lebih suka makan dengan sambal kicap..
Bahan-bahan:
-2 Ulas bawang putih
-15-20 biji cili padi -(untuk hidangan
1 mangkuk biasa.Kalau cili spesis pedas sangat (spesis ek?) kurangkan)
-Asam jawa
-Minyak masak
-Kicap (wajib ada, nama pun sambal
kicap)
-Ajinamoto atau gula
-Garam?? tak perlu kicap dah masin karang berganda masin..
Cara-cara:
1.Blend bawang putih dan cili
(masukan air sikit je ok)
2. Panaskan minyak dalam kuali
(minyak jangan banyak)
3.Masukan bahan yang dikisar tadi
hingga pecah minyak
4. masukan air asam jawa (sedikit
asam jawa+sedikit air) dan biarkan seketika (dalam beberapa minit)
5.Masukkan kicap jangan terlalu
banyak agak-gak hitam sikit kemudiaan,masukan gula atau ajinamoto (bulan puasa
ni agak-agak jelah ye,jangan termakan pulak!tak berapa sedap boleh tambah apa
yang patut lepas waktu berbuka).
6.Bila sambal kicap dah agak pekat sikit ..dah masak.Bolehlah makan dengan mi sup..
Awas! jangan letak banyak-banyak sambal dalam mangkuk sup..berdasarkan pengalaman Hayati sambal kicap ni pedas sebab guna cili padi.
Maaplah kalau ada kekurangan dan bahasa tak berapa profesional hehe.
0 comments