Seperti dijanjikan aku rajin nak buat entri baru hehe..Disebabkan
ada yang bertanya pasal coffee scrub ni sis nak buat review...Review dari hati
nurani sis.Sejujurnya sis sebelum jual sis akan cuba dulu.Sisi beli satu,sis
guna.Kalau produk bagus baru sis ambil stok.Hari ini sis bukan nak review satu
produk organi tapi 3 produk organik terus tapi sis post berperingkat ya..Sis seorang yang sukakan produk
organik.
JIKA BERMINAT WHATSAPP SIS 019-4518150 urusan bisnes je
kalau lain2 sis block ya hik3...
kalau tak mau wassap sis, boleh tinggalkan nombor wassap korang kat inbox page fb (lihat bahagian bawah entri) atau email ke cahayakehidupan1992@gmail.com..tak ada whatsapp boleh mesej cara biasa ke nombor maxis sis 012-5504332
1. COFFEESCRUBYKAFFRIAN
Mula-mula sis beli sebotol, sis cuba bila
sis pakai dapat hasil positif sis pun jadi dropship seterusnya jadi agent..
Dari pengalaman sis lah..istimewanya coffee
scrub ni setelah sis guna sis rasa:
1.
Kulit wajah sis lebih lembut dan lembab
2.
Sis rasa segar sebab selama ni kulit sis
berminyak bila time tengahari rasa macam ada kotoran bila sis scrub sis rasa
fresh je.
3.
Jerawat sis pun dah surut..
4.
Bau coffeescrub wangiiiiiii tapi awas jangan p
bancuh minum pulak ya haha
5.
Whitehead dan blackhead semakin kurang
6.
Berfungsi untuk skrub badan dan wajah.
100% produk organik ya..tanpa
bahan kimia..
Lelaki..perempuan boleh guna..ok
zaman moden ni lelaki pun kena jaga kulit wajah ok haha..jap lagi sis belanja testimoni
dari cust lelaki..
Harga sangat berbaloi RM 15 SM,
RM 20 S/S-100gram..mana nak dapat oii 100gram dengan harga RM15..
macam-macam masalah dapat diatasi dengan hanya penggunaan coffee scrub. |
feedback dari cust yati..banyak lagi testimoni dari cust di page https://www.facebook.com/Hayati_coffee-scrub-murah-656408151186996/ |
Wahh dah berhabuk blog aku, nasib tak jadi sarang labah-labah. Ok sekarang aku nak aktif berblog balik sebab selama ni ada kekangan masa sikit..selain tu sebab template blog aku buruk! haha kalau aku pun tak bersemangat apatah lagi nak menaip..sekarang aku dah tukar template lawa-lawa.Semangat menaip dah berkobar-kobar balik. Hangpa jangan ikut perangai aku tau sebab aku ni boleh tahan tahap malas menaip..haha..ok bagi yang bertanya pasal produk coffee scrub esok yati update entry pasal review produk-produk organik yang yati guna DAN lepas dapat hasil positif yati pun jual haha semestinya produk organik yang bestt dan terbaik..Esok review bukan dari segi ambil dari testimoni semata-mata ya tapi dari pengalaman yati guna coffee scrub,sabun kopi dan MOISTURIZER ALOE VERA SPF50
kalau takut stok coffee scrub habis hagpa nak segera bolehlah wassap yati 019-4518150..SET COMBO PUN ADA..esoklah yati menaip dengan penuh kerajinan haha..gud nite rakan-rakan blog semua.. rindu korang.. rindu nak join giveaway..kalau bahasa aku salah abaikan je sb otak aku pun dah bleerrr mengantok tahap cipan dah nii..satu je nak habaq isnin malam haritu aku tak nampak supermoon..terpaksalah tunggu 18 tahun lagi,,dah tua aku masa tu kalau hidup lagilah. aku rasa aku tak ada cucu lagi hahhaha
Aku bukanlah seorang kaki media
sosial. Aku memang rajin online fb tapi tengok-tengok gitu jelah. Nak membebel
post macam-macam memang tak lah. Kalau aku sedih..geram..meluat kat orang pun
aku pendam je. Ada masalah luah kat famili or kat kawan-kawan rapat. Nak
berhuha huha pasal masalah aku kat dunia sosial memag taklahlah.
Disebabkan aku ‘penganggur
berjaya’ haha aku pun bosan dok kat rumah. Resume tak terkira aku hantar tapi
belum ada rezeki aku. So, aku pun godek-godeklah kat fb kot ada benda berfaedah
aku boleh buat. Aku pun searchlah perkataan meniaga tanpa modal a.k.a dropship.
Dulu aku ingat meniaga mesti ada modal bagai..menyesal pulak aku berjimba guna
duit aku zaman study dulu yang berkoyang-koyang tu kalau buat modal meniaga pun
takpa..ok benda dah lepas jangan menyesal haha ambil sebagai pengajaran.
So, aku pun mulalah jadi dropship
pakaian muslimah dan produk kecantikan. Iklan punya iklan still tak ada hasil
sesen pun. Aku pun cari-cari ilmu pasal dropship kat encik google. Bila aku
fikir balik mungkin kesilapan aku jadi dropship produk nan mahal-mahal
sedangkan friends fb dan dunia realiti aku ni adalah golongan pelajar dan yang
baru-baru habis belajar. Memang taklah dorang nak membeli produk harga puluhan
ringgit dan ratusan ringgit. Aku pun cari stokis yang jual produk yang harga
murah dan bagus dipakai.
Last aku pun jumpalah fb
stokis-stokis jual produk organik yang murah COFFEE SCRUB. Sebelum aku jual aku
beli sebotol untuk aku try. Iyelah harga pun berpatutan dan mampulah aku beli
untuk cuba kat kulit aku haha lagi satu sebab produk organik jadi aku tak risau
kalau kesan kimia bagai.. After guna coffee scrub aku rasa kulit aku ada
perubahan positif kulit pun lembut je. Aku pun promosilah kat fb secara online
dan offline. Disebabkan produk aku jual mendapat sambutan yang bagus aku hanya
sempat jadi dropship untuk seorang cust je pastu aku rela hati jadi agent. Rugi
pulak aku jadi dropship sebab ada cust nak aku COD produk. Berbekalkan modal
RM150 aku pun beli stok. Alhamdulillah tak sampai seminggu beli stok,produk aku
jual tu dah nak habis jadi minggu depan aku kenalah restok produk.
Korang taip je dropship 0r agent kat fb insta mesti
muncul. Mula-mula jadi dropship aku join dropship percuma.. yang kena bayar
yuran bagai aku tak join sebab iyelah kalau bayar nanti tak dapat sambutan rugi
je hihi..
Kalau korang berminat dengan
coffee scrub bolehlah usha page aku kat tepi sidebar dan tinggalkan mesej kat
page Hayati_coffee scrub murah. Aku tak bagi nom wassap sebab pernah aku letak
macam-macam orang mesej aku yang tak berkaitan jadi aku akan bagi nom wassap
selepas pembeli pm aku kat page fb je.Coffee scrub ni aku Postage seluruh malaysia.
Kalau ada rezeki nan aku nak buat
giveaway coffee scrub kat blog ni hehe..tapi tak tahu bila haha
Wah!! dah bersarang dah blog aku. Dua minggu lebih tak tulis blog. Maafkan aku cik blog (suka hati je aku jatinakan blog aku hihi). Dalam sebulan ini aku agak sibuk dengan minat aku. Aku dah jatuh cinta dengan dunia perniagaan. Zaman sekolah dulu dan zaman adalah juga aku belajar perniagaan,usahawan dan akaun bagai secara teori dan masa kena jual-jual kat u aku pun just banyak main-main sebab dalam group akau ada senior tersangat rajin. Memang respect, sebab aku jarang jumpa lelaki terlajak rajinnn. Maka sebagai junior aku dengan kawan-kawan tolong sikit je hehe..
Esok jelah aku tulis panjang lebar dengar jayanya sambil blogwalking. Niat nak share cara jana pendapatan tanpa modal dan jana pendapatan dengan modal rendah walaupun aku pun masih baru belajar tapi tak salah berkongsi ilmu, Mana tau dapat tolong pembaca blog ini yang masih belajar tapi nak cari duit lebih.Aku pun baru tahu yelah masa study dulu aku ni perabih duit je..nyesal pulak kalau aku ni ada kesedaran diri masa aku poket tengah penuh baik buat modal je.Namun apakan daya nasi dah basi cehh..nite uoll.
.
Hai uoll,
Dalam kesibukkan nak raya haji Cik Ti sempatlah godek-godek berita menarik secara online cuma nak tulis entri blog baru hari ini ada kesempatan. Cik Ti lebih suka baca berita dari artikel online. Jimat masa dan duit hihi walaupan kadangkala ada berita online tu ringkas tapi tak kisahlah asalkan Cik Ti tak ketinggallan hal ehwal semasa. Kalau Cik Ti rajin barulah beli surat khabar. Buruk gila perangai. Ada satu artikel ini buatkan Cik Ti tersangatlah geram dan kasihan. Jomlah layan apa kisahnya yang menyakitkan hati itu....
Siapa menyangka selepas bersalin anak kedua beberapa bulan lalu, yang sepatutnya diraikan dengan hati yang syukur dan gembira, rupa-rupanya menjadi pengalaman yang mendukacitakan buat Mimi.
Masakan tidak, hampir setiap hari selepas mandi, dan apabila melihat susuk tubuhnya pada cermin besar di dalam bilik, dia akan menangis mengenangkan ugutan suaminya yang keterlaluan terhadap tubuhnya.
Mimi memberitahu, sejak dari anak pertama lagi dia terpaksa menahan hinaan suami yang tidak senang melihat bekas parut di perut berpunca daripada kulit yang meregang ketika hamil.
Dia mengakui, sejak mengandung anak pertama lagi perutnya memang besar dan kemudian terdapat banyak rekahan di tepi-tepi perut.
“Apabila saya mengandung, suami memang orang yang paling gembira kerana memang dia mengimpikan untuk mendapatkan anak selepas empat tahun kami tidak mendapat zuriat. Kegembiraan itu dikongsi bersama keluarga dan adik-beradik lain.
“Menjelang tujuh bulan apabila perut semakin membesar, rekahan di perut kelihatan agak nyata. Suami ada juga memberitahu supaya menyapukan ubat, menggunakan losyen atau apa sahaja agar perut tidak terkesan dan dia berpesan kepada saya agar selepas bersalin nanti, saya perlu mencari jalan dan ubat agar mendapatkan saiz badan yang normal, perut yang kempis serta tiada kecacatan rekahan di perut.
“Saya mengiyakan dan memintanya bersabar kerana saya berasakan masalah itu bersifat sementara dan dialami oleh ibu-ibu yang mengandung. Tidak lupa juga saya tetap menyapu losyen dan krim yang sesuai agar kulit tidak terlalu merekah,” jelasnya yang mengakui suaminya seorang yang mementingkan kecantikan dan penampilan.
Bahkan, suaminya mempunyai rutin penjagaan diri yang jarang ditinggalkan. Istilah orang sekarang, suaminya adalah lelaki metroseksual.
Mimi menyambung, selepas bersalin, dia mengambil masa hampir sembilan bulan untuk mendapatkan keadaan badan dan berat badan yang asal. Tambahan pula, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan, menyebabkan Mimi tidak boleh berbengkung untuk mendapatkan badan yang ideal.
Namun, akhirnya Mimi berjaya mengurangkan berat badan dengan mengurangkan makan, sedangkan dia tahu untuk mendapatkan pengeluaran susu yang banyak, ibu mesti makan makanan yang seimbang.
Demi suami yang sudah mula menyatakan rasa kurang senang melihat perutnya yang semakin buncit, Mimi sanggup menahan lapar dan meletakkan bayinya dalam keadaan berisiko tidak memperoleh susu ibu secukupnya.
Kembali pada kesan parut dan rekahan pada kulitnya, dia bukannya tidak meletakkan ubat atau menyapu krim, tetapi rekahan berkenaan tersebut tidak juga berkurang.
Namun, memandangkan masih anak pertama, pada pandangan Mimi, rekahan perutnya bukanlah masalah yang besar.
“Bukannya dia hendak bersimpati melihat saya yang kesakitan setiap kali melahirkan anak, berpantang, kurang tidur dan sebagainya, sebaliknya mengungkit pula bentuk badan saya yang sudah tidak menarik,” katanya.
Namun tambah Mimi, dalam begitu pun dia hamil anak kedua, dua tahun selepas itu. Ketika hamil, suaminya masih juga membebel agar menjaga bentuk badannya, terutama rekahan di perut, berat badan yang ideal, kulit perlu tetap gebu dan halus.
Dia tidak pernah culas daripada mengikut pantang, menyapu krim, termasuk berjumpa dengan pakar kulit agar mendapatkan kulit perut yang cantik, malangnya Mimi, pada kali itu pun kulit perutnya tetap merekah, malah pahanya juga agak kembang dan menggeleber dengan selulit.
“Melihat suami asyik mengungkit, saya pun rasa panas hati . Saya kata kepadanya sabar dahulu apabila anak-anak sudah agak besar dan bercerai susu bolehlah saya pergi ke gym untuk menguruskan badan dan mendapatkan tubuh yang ideal semula.
“Bagi saya adalah satu perkara normal apabila keadaan tubuh akan ‘sedikit lari’ dari bentuk asal selepas bersalin.
“Masalahnya sekarang, suami saya itu tidak sabar dan hampir setiap hari menyuruh saya melakukan sesuatu
dengan keadaan tubuh. Itu yang saya sangat pening memikirkannya.
“Mula-mula saya anggap dia bergurau, tetapi apabila hampir setiap hari membebel seolah-olah menghina keadaan tubuh saya, mula jauh hati dengan sikapnya itu.
“Ada juga dia mengugut saya dalam gurau menyatakan dia akan mencari pengganti sekiranya saya tidak melakukan sesuatu berkenaan tubuh saya.
“Apa yang saya marah, suami saya itu hanya tahu mencari silap, bukan hendak membantu. Kedua-dua anak itu saya yang menjaga. Waktu malam pun anak hendak menyusu, saya juga yang bangun membancuh susu.
“Dia masih dengan dengkurnya. Selain bekerja, saya juga menguruskan rumah tangga, memasak, menjaga anak, menghantar anak ke nurseri. Penat sebenarnya.
“Untuk berehat pun tidak ada masa, bila masa saya hendak menguruskan diri pula?” soalnya sinis.
Pendapat Cik Ti, si suami kenalah menolong si isteri dari segala aspek. Jangan pandai complain dan membebel je..Kalau masa bercinta lautan api sanggup direnangi (walaupun logiknya tak ada sape pun nak berenang dalam lautan api..dengar gunung api meletus pun dah nak pengsan hihi).
macam-macam zaman sekarang ini kan. Jom usha gambar awek cun dan cantik ini...
Cik Ti suka produk Fame ini. Sebab...
Fame
Cosmetic produk tempatan dengan keluaran Mate Lip Cream dengan harga mampu
milik. Produk yang kualitinya setanding jenama antarabangsa.
- Warna yang canti
-Tahan lama
-Tidak mengeringkan bibir
-Tidak melekit
- Mesra solat dan mudah dibersihkan
- Dengan kelulusan KKM
Kalau suka inbox di facebook [SINI] atau whatsapp :019-5418150
Assalamualaikum..
Seminggu dua ini jarang Cik Ti update blog. Adik bongsu Cik Ti nak ambil exam UPSR jadi sambil dok melepak kat rumah Cik Ti pun ajar apa yang patut. Cik Ti malas nak terjebak dengan laptop karang adik Cik Ti kemana Cik Ti leka pulak berblog haha.
Kisahnya sangatlah cabaran mengajar adik lelaki. CikTi ada seorang je adik lelaki tunggal dan bongsu, Memang manja..biasalah budak-budak kan hihi. Disebabkan sekarang ni format dorang pun dah berubah agak phening-phening Cik Ti nak mengajar adik Cik Ti. Sudahnya Cik Ti dok tenung lama soalan..menguji minda sungguh. Payah jugak soalan dorang ni..Zaman Cik Ti bolehlah sebab jawapan dalam buku tak payah berfikir sangat hihi.
Malam tadi ajar matematik. Cik Ti rasa ada topik tak pernah Cik Ti belajar masa UPSR. Soalan tu macam soalan sekolah menengah je hihi jadi mujurlah ada google sebab Cik Ti bukanlah peminat matematik dan Cik Ti pun dah lupa cara nak kira walaupun Cik Ti pernah ambik kursus satu sem bab asas statistik. Ntah ada Kaitan ke tak hahaha.
Mencabar sungguh budak-budak sekarang ni ye,,,
Adik Cik Ti siapa cakap.Otak aku pening kak.
akak dia jawab: sabar jelahhhhh..
Dah berhari lamanya tak
tulis entri blog. Biasalah perasaan malas ini kalau malas memang malas tahap
parah haha. Ok! Hari ini bukanlah cik ti nak ceramahkan mak ayah,mama papa
bagai Cuma Cik Ti nak bagilah sedikit nasihat walaupun Cik Ti memanglah tak patut
nak bercakap lebih-lebih.
Begini, tiap petang Cik
Ti belajar memandu kereta kadang-kadang melepak haha. berdasarkan pemerhatian Cik
Ti, ibu bapa suka biarkan anak dorang main berhampiran jalan raya. Ada satu
peristiwa Cik Ti singgah di kedai adalah budak-budak dua tiga orang main
basikal tengah jalan. Usia dalam 4..5tahun je. Masa tu jalan memanglah tak
sibuk tak ada kenderaan. Takut jugak Cik Ti bimbang ada kerata, lori muncul
tetiba. Jadi Cik Ti suruhlah bebudak tu main jauh-jauh dari jalan raya. Budak
kan??..seronok main still tak berginjak bermain atas jalan raya itu.
(photo: google image) |
Cik Ti pun takutlah Cik
Ti jadi saksi kemalangan ngeri. Parent dorang pun ada dekat-dekat situ je
karang tegur anak orang tak pasal je Cik Ti kena marah hihi. Nak dipendekkan
cerita tetiba muncul lori. Driver lori agak-agaklah nak race dalam kampung. Lori laju and bebudak tu
masih bergumbira main basikal tengah jalan..budak-budak tu ketepi setelah ayah
Cik Ti suruh dorang ketepi sebab ada lori.. barulah bebudak tu berlari-lari
ketepi jalan itupun sebab dorag dah dengar bunyi lori.
Tologlah tengok-tengok anak iye nanti jangan jadi apa-apa baru menyesal. Cik
Ti tak mau masuk hospital sebab trauma tengok orang kena kemalangan hoho.
Baru je godek-godek blog beautifulnara..ala blog gosip yang hot gituu.nampak sangat kan baca gosip tengah malam haha. Selain berita pasal artis yang buatkan i sangat teruja (i lah sangattt) entri blog beautifulnara yang paling menarik perhatian adalah pasal adaptasi novel Ramlee Awang Murshid.. Tombiruo: Penunggu Rimba ke layar. Wahh mesti peminat novel Ramlee Awang Murshid tak sabar nak tengok filem Tembirou. Hayati pun suka baca novel RAM adalah 2..3 buah novel dalam koleksi simpanan.. dulu tak minat tapi dah baca best gila..lain dari yang lain. Bagi Hayati novel RAM memang terbaik dan jalan cerita bagus..buat hati berdebar je baca novel-novel RAM..saspen..haha. Hayati percaya filem ini bakal meletop-letop uolll. Pelakon pula bukan calang-calang pelakon okey pelakonnya..Zul Ariffin,Farid Kamil dan Nabila Huda. Hayati suka Nabila Huda berlakon memang best.. Selain pelakon mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini bukan calang-calang orang. Tak percaya baca kat sini:
Ramlee Awang Murshid’s Tombiruo to Be Adapted to the Silver Screen by Two Directors
Tombiruo Penunggu Rimba dari Novel ke Filem |
Filem Tombiruo: Penunggu Rimba bakal ditayangkan pada 2017. Okeh,,dah tak lama dahh..haha.
Entri terdahulu sis (hari tua sedunia haha) ada beritahu bahawa sis daftar lesen kereta. Maka Ahad baru-baru ini dikala orang lain berhujung minggu sis pun pergilah masuk kelas kursus kurikulum pendidikan pemandu a.k.a dulu-dulu kita sebut kelas undang-undang memandu selama 6 jam. Awal-awal pagi sis menunggu di pintu pagar bukan sebab bersemangat okey tapi terpaksa sebab ayah sis ada kerja.. jadi dari sis tunggu bas yang kemungkinan 99.99 peratus tak muncul lebih rela sis pergi awal. Dalam borang tulis pukul 8 (sis tahu sebenarnya mula pukul 9,saja dorang awalkan supaya kita datang awal kot), pukul 7 lebih sis dah terpacak kat depan institut memandu itu. Pukul 8 baru staff dorang muncul. Walaupun sis rasa hangin kus-kus hota heeii tapi sis sabar je sebab siapa suruh sis p awal haha. Cuma sis harap dorang tak fikir sis penampakan hantu tepi jalan je sebab masa tu kabus tebal.
Dalam ramai-ramai hanya sis seorang yang ambil lesen kereta auto yang lain semua manual. So,sepanjang dalam kelas sis rajin ditanya cikgu pasal kereta walaupun sis bukanlah tahu sangat. Sis memang tak suka nak ingat bab komponen kereta. Yang tu sis tak kisah sangat sebab nanti ayah sis ajarkan tapi yang sis pelik cikgu-cikgu situ tanya sis betul and konfiden ke nak ambik lesen auto so dengan konfidenlah sis jawab yesss. Then, cikgu tanya kenapa awak nak ambik lesen auto...sis cakap lah sebab sis belajar kereta auto dan sis amatlah minat haha. Sis tahu kalau drive kereta auto sis tak boleh drive manual,tapi sis tak kisah pun manalah sis tahu nak jadi apa masa depan. Bila sis ambil auto semestinya sis tak kan pandai drive kereta manual dan menjadi kesalahan sis jika sis ada lesen auto tapi sis drive kereta manual and sis boleh di saman. Sebab sis tak pandai manual punya kereta, sememangnyalah sis tak pandai drive kereta manual.
yang pelik je sis asyik ditanya betulke nak ambik lesen manual..siap tanya sis nanti sis kawin,kereta auto sis rosak,,suami sis ada kereta manual bagaimana sis nak drive manual. Amboi jauhnya pemikiran tenaga pengajar disitu. Sis pun jawab..saya cuti jelah (amboi suka hati je kan?). Lagipun manalah sis tahu sis kawin ke tak nanti..kalau kawin pun manalah sis tahu kot-kot suami sis drive kerata auto jugak kan..
Ada juga kenalan baru kat situ tanya kenapa ambil lesen auto, sis jawablah sis dah biasa belajar kereta auto lagipun sis beritahu sis tak suka buat perkara yang sis tak suka dan membuatkan sis terasa sangat terbeban, Iyelah sis ni jenis gemuruh sikit tengok jalan raya jadi sis tak mahulah sis belajar sekerat jalan gara-gara sis tak tahu dan tak minat nak drive kereta manual. Bukan sis tak suka cabaran dan elak bebanan cuma sis jenis suka buat perkara yang buatkan sis suka dan tak rasa terbeban. Kalau kita minat mesti kita iklas..yelah walaupun iklas seseorang hanya Allah je dapat menilai..
Sis juga menyangkal kata-kata cikgu yang ajar sis bahawa sis redhaa je ambil lesen kereta auto. Sis bukanlah redha macam menyerah dalam terpaksa je or dipaksa.Memang sis minat dan nekad dengan keputusan sis. Sis ada pendirian. Sis akan buat jika sis yakin sis boleh. Sis tak rasa menyesal pun dengan keputusan yang telah sis lakukan selama ini.
Kereta manual ke auto ke sis rasa ada ke kelebihan dan kekurangan. .janji sis gembira dengan keputusan sis hihi..
Semenjak dua tiga
menjak ni aku macam tak ada mood. Boleh pulak aku berperangai demikian haha.
Maybe sebab aku stress sakit kepala pun ada. Biasalah aku dok menghantar resume
bagai sampai satu tahap aku dah blerrr pastu kepala aku mulalah berdenyut sakit
ciss. Aku seorang yang amat meminati bidang penulisan jadi kalau ada bengkel
berkaitan memang aku join. Dulu aku ada kisahkan aku pernah join bengkel
penulisan skrip drama tv/filem. Aku suka benda berdialog ini sebab inilah
aktiviti aku masa aku bosan belajar matematik dan matematik tambahan (aku tak
suka nombor-nombor).
diari tulis ilham,,haha silap besarlah orang curi diari,dalam diari aku kebanyakkan kosong je tak tulis pape pun. (aku tak suka tulis diari pasal hari bagai.baik simpan je dalam hati haha) |
Masa cikgu mengajar
boleh aku main conteng-conteng kertas kekonon buat story pasal kawan-kawan
kelas aku. Kawan-kawan aku semua ada watak haha pastu kawan-kawan aku suka
pulak baca kisah khayalan aku nih sampai ada tertunggu-tunggu sambungan kisah
dorang , siap ada offer diri suruh aku masukan wataknya sekali aku pun apa lagi
aku bagi watak jahat dan paling kejam kat kawan aku tu.Zaman remaja sangat weii
masa tu.
Aku pernah buat
manuskrip buku kanak-kanak dah siap pastu aku call satu syarikat ni dia tak
galakkan aku buat story kanak-kanak itu, bila orang tersebut tahu aku student
U, dia suruh aku buat novel cinta. Aku terkelu. Aku beritahu orang tu aku tak
ada kisah menarik pasal cinta boleh pulak dia usik..ala tak kanlah awak tak ada
kisah cinta,kat kampus mesti banyak story menarik. Masa tu aku memang takleh
nak certa kisah cinta. Aku rasa tak ada menarik pun..tak kan nak buat kisah
cinta berputik kat library sebab terlanggar awek bawak buku bergunug-gunang
realitinya ramai je melenggang p library haha pastu buku kat library mana boleh
pinjam banyak uoll 10 ketul je boleh lw ambik master phd 20 buah buku tapi
takda maknalah nak usung 20 buah buku.Boleh mendatangkan kepeningan kalau
hilang.
Kisah jumpa awek atas
bas kampus..realitinya aku rasa tak dan nak toleh kiri kan bas sesak uoll.
Kisah jumpa kat kafe masa makan-makan? Masa makan khusyuk sangat macam tak ada
cara lain je nak mengorat. Aku plak tak rasa nak buat novel cinta bagai..tapi
orang tu minta aku cuba buat 2..3 page dy nak baca. Elok je aku buat 2..3 page
fon aku rosak jadi nombor fon tuan itu hilang. Aku pulak nyanyuk aku tak ingat
syarikat apa aku call bunyi macam syarikat ada nama tapi aku tak ingat masa tu
aku tak serius sangat. Sekarang aku nak contact balik susah sebab aku pun tak
tahu haha.
Pastu aku join bengkel
penulisan skrip..2 bengkel skrip.Bengkel pertama aku join tahun 2013,diajar
Encik Mazlan Manan,bengkel kedua Puan Maizura Ederis Jadi aku pun kenalah
rajin-rajin buat proposal walaupun proposal aku 2..3 proposal cerita aku tak
diterima stesyen tv tapi bagi aku semua ini pengalaman. Kalau orang lain ambil
masa bertahun-tahun menempatkan diri dalam industri tersebut inikan pulak aku
yang baru langkah pertama ini. Pengalaman dan kepercayaan terlibat dalam skrip
drama radio bagiku amatlah bermakna. Masa tu aku masih baru lagi. Jadi aku
diberi tugas cari idea cerita maka terhasillah drama radio, KASIH FIRDAUSI yang
bersiaran di IKIM FM tahun 2015. Walaupun aku menyumbang idea aku tetap happy,
Puan Maizura tanya aku boleh tak siapkan dalam masa sehari skrip sebab dorang
nak cepat. Memang aku terkejut aku cakap aku takut haha.Bukan takut apa takut
tak tak siap dan tak menarik sebab masa tu aku masih dok belajar menulis dan
tak ada keyakinan lagi.
Sekarang? Aku masih
lagi belajar dan belajar..kini aku tengah mencari ilham cerita untuk buat
proposal. Ada yang dah siap tapi aku belum taip dalam laptop.Semua aku simpan
dalam buku khas aku conteng idea. Idea dalam otak aku ni masih tak tercatat
atas kertas lagi.Harap otak aku tak lupa...
CARA BELI NO.PIN PEPERIKSAAN ULANGAN STPM DI BSN
- 10:10:00 PG
- By tinta hayati
- 23 Comments
CARA BELI NO.PIN PEPERIKSAAN ULANGAN STPM DI BSN |
OK. Aku ucapkan tahniah
kat student stpm yang berjaya dapat
result cemerlang peperiksaan STPM Penggal kedua baru-baru ini. Semestinya aku
bukanlah calon haha dah tua dah STPM aku ambik 4 taun lepas nuhh. Kepada tak
berjaya jangan risau boleh ambik lagi dengan cara repeat paper.Paper repeat
kena beli nom pin jugak okey di BSN dengan harga RM 50++ sikit (1 paper..kalau
4 paper?kiralah sendiri hihi) aku lupa pulak aku baru je beli untuk
seseorang baru-baru ni. Aku pun tak tahu nak beli masa mula-mula dulu
iyelah aku tak pernah repeat paper sebab tahun aku format lama dan ramai tak
sanggup nak masuk belajar dengan junior. Tak guna penggal-penggal (lebih kurang
macam sistem sem) , terus gedabakk exam hujung tahun.
Kadang-kadang aku
kesian jugak kat dorang yang ikot sistem penggal ni sebab ada assignment bagai.
Memang bagus untuk persediaan ke U tapi kebanyakkan pelajar Tingkatan 6 ni
bercampur dengan sistem sekolah jadi kalau tinggal di asrama belajar di sekolah
terpaksalah ikut segala peraturan dan aktiviti sekolah. Agak sukar nak siapkan
tugasan. Suasana nak tak selesa. Pastu nak melayan kerenah junior..biasalah
kitakan senior haha.
Ok..siapa nak repeat tu
bolehlah jadikan ini sebagai tujukan:
1)mestilah pergi ke
Bank Simpanan Nasional
2)Ambil borang DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN
yang warna biru.
3) Isi maklumat. Kalau
korang beli untuk adik ke siapa ke jangan tulis nama korang plak tulis nama
calon yang nak repeat paper tersebut tau. (nama,no ic dan rujukan 1 tulis STPM
peperiksaan ulangan penggal 2.
4)Ambil nombor giliran
dan siapkan duit siap-siap.
5)Tunggu giliran korang
hihi
Harap perkongsian ini
berguna (boleh dijadikan rujukan akan datang)
Giveaway RM400 by AsyaAmin.
5. Buat entry bertajuk "Giveaway RM400 by AsyaAmin!"
6. Letakkan banner pada entry (boleh copy paste html code dalam box di atas)
7. Banner hendaklah dibacklink ke sini
8. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.
Mula :
16 Ogos 2016
Tamat:
1 Oktober 2016
p/s: I state RM400 based on total overall.
KLIK BANNER |
Syarat penyertaan :
1. Blogger Malaysia
2. Follow blog ini. Wajib
3. Follow :
4. Bahagian sponsor :
Follow SEMUA. Highlited. (exceptional to those yang tiada Instagram dan twitter. But please do mention if you don't have Instagram and Twitter account)
5. Buat entry bertajuk "Giveaway RM400 by AsyaAmin!"
6. Letakkan banner pada entry (boleh copy paste html code dalam box di atas)
7. Banner hendaklah dibacklink ke sini
8. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.
Senarai Hadiah :
Top Referral :
1. Wang tunai RM 150 x 1 pemenang
2. Wang tunai RM 60 x 1 pemenang
3. Wang tunai RM 40 x 1 pemenang
Random:
1. Photobook 6X6 INCI/40 Page/100 keeping gambar x 1 pemenang
2. -Blog review x 4 pemenang
-Bloglist selama 30 hari x 9 pemenang
3. -Topap RM 5 x 2 pemenang
-Blog Review x 3 pemenang
4. Topap RM 10x 9 pemenang
Penyertaan terbuka kepada semua blogger Malaysia.
Selamat Berjaya :)
Mula :
16 Ogos 2016
Tamat:
1 Oktober 2016
p/s: I state RM400 based on total overall.
Jumaat-16 Ogos 2016
(eleh ala-ala nak tulis artikel berita plak)..aku pergi ke bandar berhampiran
rumah aku. Survey harga lesen walaupun aku dah tua sewajarnya aku memiliki
lesen memandu. Aku bukan minat sangat bab-bab sebegini tapi memikirkan untuk kemudahan
diri ini dan keluarga maka gagahkan jelah. Haritu aku ada cerita pasal aku
belajar memandu dengan abah aku. Jadi aku boleh dah drive walaupun aku tak
hafal pun nama-nama komponen semua tu. Isyhh tension plak aku. Mak saudara aku
adalah storykan kat aku sekarang ambil lesen sebelum nak mula drive tu kenalah
bercakap bagai janganlah dorang tanya benda pelik-pelik lumrahlah sebagai
perempuan aku tak ambil tahu sangatlah segala mak nenek pasal kereta. Dia
ingatkan aku kalau cikgu memandu tu kenakan aku jangan ikot sangat.contohlah
cikgu kata tak payahlah pakai seat belt. Jangan ikut cakap dia..depa saja nak
uji. Aku faham aku ni agak lurus dan jujur orangnya haha.
Berdasarkan aku survey
harga kebanyakkan harga lesen kereta automatik agak mahal. Aku
tengok harga lesen bus..lori murah dari harga lesen kereta automatik. Jadi aku
pun daftar jelah. Nak ambil lesen kali ini lain sikit. Kalau korang ada lesen
motor then nak ambik lesen kereta korang tetap kena buat lesen L and P untuk
kereta. Dulu kalau dah ada lesen L tak perlu ambil lagi kelas undang-undang
nih. Kira kalau ada L untuk semua kenderaan motor,kereta...Masa aku daftar ni
dorang tanya betul ke aku nak ambik lesen kereta auto..ehhh macam dorang
kepelikkan pulak. Aku kata yes..yes haha.Iyelah aku tahu kebanyakan orang ambil
manual sebab kalau pandai drive kereta manual semestinya boleh drive kereta
auto.Kalau ada auto jangan gatal tanganlah drive kereta manual walaupun pandai
drive kereta manual sebab kat lesen nanti memang akan tulis D A (err..DA ke
(aku lupa dia sebut haha..untuk drive kereta auto je).
Dorang kata lain sikit
format sekarang ni. Buku pun lain.Kalau ambil kerata auto buku khas untuk
kereta auto.Kalau manual..khas untuk manual. Dulu aku tengok buku makcik aku
kecik-kecik siap ada jawapan bagai tak silap aku 3 buah buku tapi versi kecik
mudah bawa dan bolehlah melipat-lipat. Kali ni buku macam buku teks..menariklah
jugak sebab dari page 1 sampai last ada gambar bewarna (ok aku dah dah macam
budak tadika suka buku warna-warni). Tebalnya..364m/s..memang versi buku teks
sungguh..besar kedabakkk.Malas pulak aku nak usung. Kalau kecik bolehlah
masukkan dalam handbag.
MEMANG BUKU TEKS rrr. |
buku lesen kereta warna-warni..hoho |
Apa pun aku ucapkan
selamat maju jaya untuk diri sendiri (gila perasan aku nih). Ahad ni kelas
sampai 4 petang (hikmahnya: terubat rindu zaman study haha).
Masa godek-godek aku terjumpalah kisah ini cabaran yang dihadapi seorang pelajar diluar negara menghadapi persepsi masyarakat barat terhadap islam. Kalau aku kat tempat pelajar tersebut mesti ting tong pitam nak jawab haha. Masa zaman U walaupun aku ni belajar dalam negara je aku pun ada kawan-kawan non-muslim. Kawan aku suka tanya bab islam. Tapi aku pun tak sempurna tapi aku cuba bagi jawapan terbaik. Tengok pelajar islam berdating berdua-duaan bila aku dan kawan aku ternampak mesti dia tanya kenapa mereka berdua-duan di tempat sunyi bukan kah Islam tak benarkan lelaki dan perempuan berdua-duaan?. Maksudnya kawan aku tanya berdasarkan apa yang dia lihat pada perbuatan orang Islam. Kadang-kadang kawan aku tanya kenapa ada orang islam tak solat?. Aku try bagi jawapan terbaik iyelah kawan aku bukan calang-calang orang pelajar komunikasi dan pendebat,pemidato..dalam erti kata kawan aku ni memang seorang berani bersuara,lantang dan mahukan jawapan.ok dah jadi kisah aku pulak.