Amboi kemain tajuk
entry aku, budak 90-an kunun hehe hakikatnya memang pun aku dah dah agak
tua :D . Walaupun zaman kanak-kanak aku
dah lama berlalu tapi masih ada lagi cebisan memori aku masa bulan ramadan
zaman kecik-kecik dulu. Masa tu aku masih menetap di Kedah, then, masa aku nak
masuk usia 7 tahun baru pindah ke Perak sebab aku bersekolah kat Perak. So, aku
saja lah nak kenang-kenang kembali zaman aku berpuasa masa zaman budak-budak
dulu hehe...
1)
Waktu berpuasa yang agak lama
Aku
rasa sekarang ni waktu antara sahur dan berbuka puasa macam sekejap je. Pagi
bangun sahur, solat subuh..siang buat apa yang patut, tup..tup..orang dah azan
magrib hehe..Seingat akulah masa zaman aku kecik kemain lama nak tunggu waktu
berbuka puasa. Sempat jugak aku murung sat sambil tunggu waktu berbuka puasa
walaupun masa tu aku bukan puasa sangat pun hahaha biasalah budak umur 5-6
tahun.
2)
Mereng asyik nak ke kedai je..
Dekat
rumah tokwan aku dulu ada kedai runcit. Aku, adik aku dan pak sedara aku yang
lebih kurang sebaya usia rajin p beli roti bantal kat kedai pakcik karim
namanya kalau tak silap akulah,,,aku pun dah lupa. Lagi satu ketagih nak beli
air manik a.k.a air berkarbonat dalam botol kaca tebal tu. Sekarang ni setakat
rm1..rm2 tu sekali beli je dulu aku rasa susah betul nak beli hahaha harga
maybe tak sampai rm1 pun rasa mahal.
3) Masalah termakan haha..Korang mesti pernah alami peristiwa macam
aku haha..masa tu aku dah start puasa dah. Usia dalam 9 tahun gitu kot.Petang
tu mak aku nak goreng bihun tak silap aku. Aku pun galak p dok sebelah mak aku.
Bahan-bahan mak aku dah hiris semua siap dah letak dalam mangkuk. Sekali aku
termakan lobak masin haha pastu mak aku tegur. Apa lagi aku buangkan lobak
masin tu, sempatlah aku mengunyah dua tiga kali..haha
4) Bawak bekal pegi sekolah. Masa tu aku darjah 1, biasalah kantin mesti tutup masa bulan puasa sebab sekolah aku semua student Islam. masa tu pakat bawa bekal berjemaah haha,aku dan kawan-kawan seriang ria aku makan depan cikgu pulak tu. Masa tu cikgu aku ok je siap teman makan lagi haha..Masa Darjah 2 memang taklah aku nak makan. Malu gila kot haha.
KALAU
KORANG ADA PENGALAMAN BULAN PUASA YANG KELAKAR ATAU MEMANG TERKENANG-KENANG
BOLEHLAH SHARE DEKAT RUANGAN KOMEN :)
SALAM RAMADHAN
Untuk semua..tak kisahlah korang lahir berapa puluhan pun haha..
3 comments
Yang no 1 rasanya time kanak-kanak memang macam tu heheh sebab Mrs. A pun rasa lama gak asyik-asyik duklah tengok jam dah pukul berapa.
BalasPadamRamadhan Kareem Mrs. A ucapkan.
haha..salam ramadhan juga Mrs. A :D
Padamhttps://saglamproxy.com
BalasPadammetin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
CEQM52