.
Hai uoll,
Dalam kesibukkan nak raya haji Cik Ti sempatlah godek-godek berita menarik secara online cuma nak tulis entri blog baru hari ini ada kesempatan. Cik Ti lebih suka baca berita dari artikel online. Jimat masa dan duit hihi walaupan kadangkala ada berita online tu ringkas tapi tak kisahlah asalkan Cik Ti tak ketinggallan hal ehwal semasa. Kalau Cik Ti rajin barulah beli surat khabar. Buruk gila perangai. Ada satu artikel ini buatkan Cik Ti tersangatlah geram dan kasihan. Jomlah layan apa kisahnya yang menyakitkan hati itu....
Siapa menyangka selepas bersalin anak kedua beberapa bulan lalu, yang sepatutnya diraikan dengan hati yang syukur dan gembira, rupa-rupanya menjadi pengalaman yang mendukacitakan buat Mimi.
Masakan tidak, hampir setiap hari selepas mandi, dan apabila melihat susuk tubuhnya pada cermin besar di dalam bilik, dia akan menangis mengenangkan ugutan suaminya yang keterlaluan terhadap tubuhnya.
Mimi memberitahu, sejak dari anak pertama lagi dia terpaksa menahan hinaan suami yang tidak senang melihat bekas parut di perut berpunca daripada kulit yang meregang ketika hamil.
Dia mengakui, sejak mengandung anak pertama lagi perutnya memang besar dan kemudian terdapat banyak rekahan di tepi-tepi perut.
“Apabila saya mengandung, suami memang orang yang paling gembira kerana memang dia mengimpikan untuk mendapatkan anak selepas empat tahun kami tidak mendapat zuriat. Kegembiraan itu dikongsi bersama keluarga dan adik-beradik lain.
“Menjelang tujuh bulan apabila perut semakin membesar, rekahan di perut kelihatan agak nyata. Suami ada juga memberitahu supaya menyapukan ubat, menggunakan losyen atau apa sahaja agar perut tidak terkesan dan dia berpesan kepada saya agar selepas bersalin nanti, saya perlu mencari jalan dan ubat agar mendapatkan saiz badan yang normal, perut yang kempis serta tiada kecacatan rekahan di perut.
“Saya mengiyakan dan memintanya bersabar kerana saya berasakan masalah itu bersifat sementara dan dialami oleh ibu-ibu yang mengandung. Tidak lupa juga saya tetap menyapu losyen dan krim yang sesuai agar kulit tidak terlalu merekah,” jelasnya yang mengakui suaminya seorang yang mementingkan kecantikan dan penampilan.
Bahkan, suaminya mempunyai rutin penjagaan diri yang jarang ditinggalkan. Istilah orang sekarang, suaminya adalah lelaki metroseksual.
Mimi menyambung, selepas bersalin, dia mengambil masa hampir sembilan bulan untuk mendapatkan keadaan badan dan berat badan yang asal. Tambahan pula, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan, menyebabkan Mimi tidak boleh berbengkung untuk mendapatkan badan yang ideal.
Namun, akhirnya Mimi berjaya mengurangkan berat badan dengan mengurangkan makan, sedangkan dia tahu untuk mendapatkan pengeluaran susu yang banyak, ibu mesti makan makanan yang seimbang.
Demi suami yang sudah mula menyatakan rasa kurang senang melihat perutnya yang semakin buncit, Mimi sanggup menahan lapar dan meletakkan bayinya dalam keadaan berisiko tidak memperoleh susu ibu secukupnya.
Kembali pada kesan parut dan rekahan pada kulitnya, dia bukannya tidak meletakkan ubat atau menyapu krim, tetapi rekahan berkenaan tersebut tidak juga berkurang.
Namun, memandangkan masih anak pertama, pada pandangan Mimi, rekahan perutnya bukanlah masalah yang besar.
“Bukannya dia hendak bersimpati melihat saya yang kesakitan setiap kali melahirkan anak, berpantang, kurang tidur dan sebagainya, sebaliknya mengungkit pula bentuk badan saya yang sudah tidak menarik,” katanya.
Namun tambah Mimi, dalam begitu pun dia hamil anak kedua, dua tahun selepas itu. Ketika hamil, suaminya masih juga membebel agar menjaga bentuk badannya, terutama rekahan di perut, berat badan yang ideal, kulit perlu tetap gebu dan halus.
Dia tidak pernah culas daripada mengikut pantang, menyapu krim, termasuk berjumpa dengan pakar kulit agar mendapatkan kulit perut yang cantik, malangnya Mimi, pada kali itu pun kulit perutnya tetap merekah, malah pahanya juga agak kembang dan menggeleber dengan selulit.
“Melihat suami asyik mengungkit, saya pun rasa panas hati . Saya kata kepadanya sabar dahulu apabila anak-anak sudah agak besar dan bercerai susu bolehlah saya pergi ke gym untuk menguruskan badan dan mendapatkan tubuh yang ideal semula.
“Bagi saya adalah satu perkara normal apabila keadaan tubuh akan ‘sedikit lari’ dari bentuk asal selepas bersalin.
“Masalahnya sekarang, suami saya itu tidak sabar dan hampir setiap hari menyuruh saya melakukan sesuatu
dengan keadaan tubuh. Itu yang saya sangat pening memikirkannya.
“Mula-mula saya anggap dia bergurau, tetapi apabila hampir setiap hari membebel seolah-olah menghina keadaan tubuh saya, mula jauh hati dengan sikapnya itu.
“Ada juga dia mengugut saya dalam gurau menyatakan dia akan mencari pengganti sekiranya saya tidak melakukan sesuatu berkenaan tubuh saya.
“Apa yang saya marah, suami saya itu hanya tahu mencari silap, bukan hendak membantu. Kedua-dua anak itu saya yang menjaga. Waktu malam pun anak hendak menyusu, saya juga yang bangun membancuh susu.
“Dia masih dengan dengkurnya. Selain bekerja, saya juga menguruskan rumah tangga, memasak, menjaga anak, menghantar anak ke nurseri. Penat sebenarnya.
“Untuk berehat pun tidak ada masa, bila masa saya hendak menguruskan diri pula?” soalnya sinis.
Pendapat Cik Ti, si suami kenalah menolong si isteri dari segala aspek. Jangan pandai complain dan membebel je..Kalau masa bercinta lautan api sanggup direnangi (walaupun logiknya tak ada sape pun nak berenang dalam lautan api..dengar gunung api meletus pun dah nak pengsan hihi).
macam-macam zaman sekarang ini kan. Jom usha gambar awek cun dan cantik ini...
![]() |
![]() |
Cik Ti suka produk Fame ini. Sebab...
Fame
Cosmetic produk tempatan dengan keluaran Mate Lip Cream dengan harga mampu
milik. Produk yang kualitinya setanding jenama antarabangsa.
- Warna yang canti
-Tahan lama
-Tidak mengeringkan bibir
-Tidak melekit
- Mesra solat dan mudah dibersihkan
- Dengan kelulusan KKM
Kalau suka inbox di facebook [SINI] atau whatsapp :019-5418150
1 comments
warna candy, warna gosip sama warna party inceran banget tuh hehe.
BalasPadam