TIPS CINTA: CARA TINGGALKAN KEKASIH

Disebabkan aku agak stress kerana aura negatif slamber badak je mengantui aku maka aku pun cubalah positifkan diri ini. Iyalah selain berdoa kepada Allah kita kena iktiar untuk hidup gembira. Amboi aku dah ceramahkan orang mengalahkan pakar motivasi haha. Untuk menghilangkan perasaan stress jom aku bagi tips yang boleh dijadikan panduan. Tips Cinta: Cara Tinggalkan Kekasih haha. Jarang ok nak jumpa tajuk sebegini terutamanya di majalah-majalah. Selalunya kita selalu baca tips nak hidup selepas putus cinta, tips sedang bercinta, tips sebelum bercinta dan tips benci bercinta ada ke benci cinta. Apa-apa jelah labuuuu..

Ok, jom layan tips cinta cara tinggalkan kekasih.

Aku bahagikan dua jenis cara tinggalkan kekasih 

1) Kekasih curang 
2) Kekasih budiman dan baik lagi sopan haha.

Cara Tinggalkan kekasih curang. Ok sekali lagi aku asah bakat seni aku nan sendu ini haha


TIPS CINTA: CARA TINGGALKAN KEKASIH

TIPS CINTA CARA TINGGALKAN KEKASIH


TIPS CINTA CARA TINGGALKAN KEKASIH
TIPS CINTA CARA TINGGALKAN KEKASIH



1. Bukti

Bukan dalam kes jenayah je bukti penting dan bab kejahatan percintaan pun penting. Kalaulah kekasih uoll suka hantar surat kat ramai awekss guna kaedah kovensional iaitu guna burung merpati sebagai pengepos surat. Maka haruslah tangkap burung merpati tersebut dan kurung. Jangan lupa simpan surat yang burung merpati terbangkan ok. Kalau guna kaedah moden guna fon or smart bijak pintar fon rampas je fon tersebut dan sorokkan acah-acah hilang gituu haha.

2. Tukar  nombor telefon atau hanyutkan simkad dalam arus sungai nan laju

Cara ini sangatlah berhasil agar tak payahlah uoll merenung nombor si dia lama-lama. Ala-ala benci tapi rindu gitu. Beli simkad nombor baru dan teruskan kehidupan. Menyepi sungguh!

3. Block nombor telefon dan segala laman sosial si dia

Untuk terus menyeksa perasaan si dia (kekononlah kan walaupun 95% si dia tak hairan hihhi). Sekurangnya uoll tak masuk perangkap periuk api si dia lagi. Supaya anda tak sakit hati melihat si dia dengan kekasih baru or awekss-awekssnya di laman muka buku, twit twit haha semestinya nyahkan laman sosial si dia dari menyemak menyaratkan list-list rakan dunia maya  anda.

4. Hapuskan segala pemberian dari si dia

Kalau baik hati pulangkan hadian pemberian si dia. Kalau rasa nak buat jahat bakar je tak pun hanyutkan dalam laut (iklan: hargailah alam sekitar). Kalau ada barangan kemas bolehlah gadai atau jual balik kat kedai emas. Tapi kalau rasa tak malu ambil simpan je buat kenangan untuk tunjuk kat suami/isteri uoll nanti (Inilah pemberian dari ex-ex bf/gf  i, siap boleh buat koleksi peribadi atau muzium peringatan tragedi cinta hoho). 

5. Pindah rumah baru

Kalau rasa tak dapat lupakan si dia walaupun si dia banyak menyakitkan hati uoll bolehlah plan beli rumah baru. Kalau sekampung pindah ke kampung lain, kalau senegeri bolehlah pindah negeri lain. Mulakan hidup baru. Aku yakin 100% famili uoll kata anda seorang yang pelik dan lain dari insan lain sebab sanggup berpindah randah setiap kali cinta tak kesampaian.

CARA TINGGALKAN KEKASIH BUDIMAN DAN BAIK LAGI SOPAN

Masalah ini terjadi kalau uoll rasa tak cinta, tak serasi dan tak direstui haha.

1. Mungkin kita tiada jodoh

Beritahu pada si dia bahawa si dia pasti dapat jodoh yang lebih baik (drama gila). Cakap dengan tenang dan kawal emosi. Kalau tak boleh kawal emosi nak menangis sampai banjir pun takpa.

2. Alasan sambung belajar atau nak capai impian dalam kerjaya

Tak kisahlah anda nak bagi alasan studi walaupun sebenarnya nak p kursus menjahit 6 bulan je. Sekurangnya tak adalah remuk redam hati nan sekeping. Jangan pulak cakap i tak nak kawin dengan u, sebab i ada banyak calon lagi hoho (sila bagi pelempang kiri kanan sebagai kenangan terakhir). Kerjaya? Kalau korang pasang impian nak tawan gunung Fuji bolehlah luahkan impian anda. 

3. Cara paling kejam Berterus-terang

Bukan semua orang berani ok. Tapi kalau uoll jenis cakap terus terang dan tak suka berselindung dalam bahasa ringkasnya sangat jujur bolehlah beritahu uoll tak suka si dia. Cuba mencari keserasian tapi tak jumpa. Dari lama-lama beri harapan palsu lebih baik cakap je 

-maka, terlerailah ikatan cinta-

Apa yang perlu dilakukan jika si dia baik,sopan dan budiman ini 

1) Hantar kad perkahwinan Si dia dan bakal isteri

TIPS CINTA CARA TINGGALKAN KEKASIH


Uoll akui si dia sangat baik tapi atas alasan tertentu terpaksa berpisah dalam hati masih sayang dan cinta. Tetiba tak sampai 2 bulan berpisah si dia menjemput anda ke majlis perkahwinan gilang gemilang. Cara paling profesional anda tetap hadir majlis perkahwinannya dan pasangan. Jangan lupa bawa hadiah ok hihi (tabah sungguhlah kalau uoll profesional cenggini). Cara tak profesional  koyak-koyakkan kad jemputan atau bakar je (kejam pulak). Cara buat kebaikkan bolehlah sedekah kat pengumpul koleksi kad kahwin bukan apa kos sekeping kad kahwin blink blink sangatlah mahal..hihi

aku ada baca story orang lain lah kan masa putus cinta sedih betul last-last dapat pasangan terlebih baik haha. Siap cakap menyesal gila membazir airmata untuk orang sebegini kalau tahu dapat pasangan lebih baik,kalau tahu buat tak tahu je masa frust haha. Ok sekadar saja-saja hilangkan tekanan ini. Jangan terlampau serius baca entri ini nanti buatkan anda lagi stress haha.Yang pasti ini bukan kisah aku ok ini kisah turun temurun masyarakat haha

You Might Also Like

2 comments

  1. Kekasih curang tu hempuk je dengan hammer! haha..kekasih yg budiman..ada ek yg nk tingglkn.ala crilah keserasian tu..asl dia baik..org baik ssh nk jumpa tau..haha..btw tq for the tips..mne tau leh praktikkan..hihi

    BalasPadam
  2. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    BalasPadam