STRESS! WHOOPS.THAT'S AN ERROR BAHAGIAN 2

Ok, masalah Whoops, that’s an error masih lagi berleluasa. Dah macam drama hantu bersiri yang sentiasa menghantui hidup ini. Tekan button follow mesti timbul benda alah ini. Pening jugak fikir masalah itu, dah lebih dari temph 24 jam. Ingatkan masalah Whoops, that’s an error tak lama. Fikir punya fikir sampai nak pengsan sebab dah habis iktiar maka Hayati ambil keputusan follow blog guna email rasmi Hayati (Hayati Salleh). Email rasmi uoll kebaikkannya tak adalah email blog ini sarat sangat dan mudahlah Hayati baca entri baru korang sebab dalam email tu baru beberapa orang Hayati follow blog  guna rasmi atau akaun email penting. Email rasmi ini untuk urusan penting maka beruntunglah siapa masuk list difollow guna email urusan harian yang semestinya selalu Hayati online (poyonya i). Namun begitu iktiar masih diteruskan (amboi mengalahkan orang penting haha).

Bila hayati search masalah Whoops, that’s an error rupa-rupanya bukan Hayati seorang je alami masalah ini blog lain pun mengalami masalah serupa dan kebanyakan tarikh masalah ini bermula 29 Julai 2016. Ramai berpendapat mungkin blogspot sedang di upgrade or memang blogspot ting tong untuk beberapa hari. Tak kan nak delete blog dan buat blog baru. Sayang eh nak delete blog ini semata-mata whoops itu. Memang sakit kepala fikir masalah dunia nan datang dan pergi tanpa diundang dan dihalau eh.

Tak apalah dengan penuh kesabaran  Hayati tunggu agar keajaiban berlaku agar Whoops, that’s an error nyah dari menghantui blog Tinta Hayati. Disebabkan stress dan buntu, Hayati pun jejalanlah di luar rumah sambil jadi jadi penunggu bawah pokok durian. Biasalah sekarang ni musim buah-buahan (ciss ayat buku teks pulak).  Bila matahari bergembira tak kan Hayati dah berjemur panas karang burn kulit, so Hayati pun conteng-conteng dan copy paste apa yang patut untuk mengasah bakat seni melukis yang tak seberapa ini. Walaupun bakat pandai melukis tak mengalir dalam darah ini ,apa salahnya berusaha mana tau boleh jadi pelukis walaupun pelukis sendu hahaha cisss.


STRESS! WHOOPS.THAT'S AN ERROR BAHAGIAN 2

STRESS! WHOOPS.THAT'S AN ERROR BAHAGIAN 2

Maka terhasillah lukisan yang sungguh stressssssss!!haha

You Might Also Like

1 comments

  1. As salam. Semoga masalah x boleh follow blog org ni x akan berpanjangan. Cuba tanya yg pakar. Abam Kie follows back here. TQVM.

    BalasPadam