DAFTAR LESEN KERETA AUTOMATIK

Jumaat-16 Ogos 2016 (eleh ala-ala nak tulis artikel berita plak)..aku pergi ke bandar berhampiran rumah aku. Survey harga lesen walaupun aku dah tua sewajarnya aku memiliki lesen memandu. Aku bukan minat sangat bab-bab sebegini tapi memikirkan untuk kemudahan diri ini dan keluarga maka gagahkan jelah. Haritu aku ada cerita pasal aku belajar memandu dengan abah aku. Jadi aku boleh dah drive walaupun aku tak hafal pun nama-nama komponen semua tu. Isyhh tension plak aku. Mak saudara aku adalah storykan kat aku sekarang ambil lesen sebelum nak mula drive tu kenalah bercakap bagai janganlah dorang tanya benda pelik-pelik lumrahlah sebagai perempuan aku tak ambil tahu sangatlah segala mak nenek pasal kereta. Dia ingatkan aku kalau cikgu memandu tu kenakan aku jangan ikot sangat.contohlah cikgu kata tak payahlah pakai seat belt. Jangan ikut cakap dia..depa saja nak uji. Aku faham aku ni agak lurus dan jujur orangnya haha.

Berdasarkan aku survey harga kebanyakkan harga lesen kereta automatik agak mahal. Aku tengok harga lesen bus..lori murah dari harga lesen kereta automatik. Jadi aku pun daftar jelah. Nak ambil lesen kali ini lain sikit. Kalau korang ada lesen motor then nak ambik lesen kereta korang tetap kena buat lesen L and P untuk kereta. Dulu kalau dah ada lesen L tak perlu ambil lagi kelas undang-undang nih. Kira kalau ada L untuk semua kenderaan motor,kereta...Masa aku daftar ni dorang tanya betul ke aku nak ambik lesen kereta auto..ehhh macam dorang kepelikkan pulak. Aku kata yes..yes haha.Iyelah aku tahu kebanyakan orang ambil manual sebab kalau pandai drive kereta manual semestinya boleh drive kereta auto.Kalau ada auto jangan gatal tanganlah drive kereta manual walaupun pandai drive kereta manual sebab kat lesen nanti memang akan tulis D A (err..DA ke (aku lupa dia sebut haha..untuk drive kereta auto je).

Dorang kata lain sikit format sekarang ni. Buku pun lain.Kalau ambil kerata auto buku khas untuk kereta auto.Kalau manual..khas untuk manual. Dulu aku tengok buku makcik aku kecik-kecik siap ada jawapan bagai tak silap aku 3 buah buku tapi versi kecik mudah bawa dan bolehlah melipat-lipat. Kali ni buku macam buku teks..menariklah jugak sebab dari page 1 sampai last ada gambar bewarna (ok aku dah dah macam budak tadika suka buku warna-warni). Tebalnya..364m/s..memang versi buku teks sungguh..besar kedabakkk.Malas pulak aku nak usung. Kalau kecik bolehlah masukkan dalam handbag.

DAFTAR LESEN KERETA AUTOMATIK
MEMANG BUKU TEKS rrr.


DAFTAR LESEN KERETA AUTOMATIK
buku lesen kereta warna-warni..hoho
Apa pun aku ucapkan selamat maju jaya untuk diri sendiri (gila perasan aku nih). Ahad ni kelas sampai 4 petang (hikmahnya: terubat rindu zaman study haha).

You Might Also Like

0 comments