Hai, masih dalam mood raya lagi ke uoll..hehe. Dah lama aku tak update blog. Biasalah aku kena selesaikan masalah dunia yang semakin banyak. Sesak nafas sungguh!. Maka dulu-dulu masa aku mula nak aktif blog aku carilah medium iklan yang sesuai untuk blog. Mula-mula apply Nuffnang tiada masalah sehingga kini. Jadi aku pun tengok iklan-iklan cantik di blog orang lain..iklan adsense.Aku pun teringinlah nak cuba mohon google adsense. Hasil dari pembacaan aku agak sukar nak lulus permohonan google adsense. Dalam erti kata lain, kalau lulus permohonan pun macam-macam boleh jadi. Sebab itulah, google adsense ini kena jaga bagai menatang minyak yang penuh dan berhati-hati. Ditakdirkan permohonan google adsense gagal!
![]() |
PERMOHONAN KALI PERTAMA |
Kali ini aku memang percaya susah hendak dapatkan akaun google adsense. Aku apply google adsense bulan Jun 2016. Kemudian aku pun tunggulah email hampir dua minggu. Rupa-rupanya aku terlupa nak letak kod iklan adsense selepas lulus peringkat pertama. Selepas aku letak kod dalam tempoh 24 jam aku dapat email dari adsense menyatakan permohonan adsense aku ditolak. Pada mulanya aku pun tak menaruh harapan sangat. Lulus ok, tak lulus pun ok (ayat pasrah).
Minggu ini aku cuba mohon lagi sekali untuk kali ke-2. Jadi aku pun bacalah pengalaman dari blog-blog lain. Aku tambah dan kurangkan apa yang patut. Bila permohonan peringkat pertama google adsense lulus aku pun letaklah kod iklan google adsense macam kita letak code Nuffnang.. Dalam tempoh 24jam encik google adsense pun hantarlah email cinta kat aku..cisss..
![]() |
PERMOHONAN KALI KE-2..CONGRATULATION SANGAT!! |
Wahh!!Congratulation. Memanglah happy tapi aku tak boleh happy sangat sebab dari pembacaan aku google adsense ni boleh tetiba berubah fikiran hahaha. Aku masih ingat pesan orang tua-tua jangan terlalu gembira nanti menangis okey. Gembiralah juga permohonan kali ke-dua untuk peringkat kedua lulus. Maka menari-narilah iklan google adsense kat blog aku bila status iklan aktif. Tapi aku tahu ada google adsense banyak dugaan (amboii, macam terharu je story).
Petang tadi sesudah senja dan malam pun menjelma, iklan google adsense aku tak muncul. Aku ingat mungkin perkara biasa sebab akaun baru biasanya iklan muncul..hilang dan muncul. Aku pun check email. Google adsense hantar email cinta kali ketiga. Kehairanan aku. Rupa-rupanya permohonan aku gagal..disapprove . Sampai hati kau google adsense. i hate uuuu..haha. Semua terjadi sebab kandungan tidak mencukupi. Maksudnya,blog ini kurang dicari di carian google. Semua ini berkaitan dengan keyword. So, selepas ini, aku kenalah berusaha menulis entri yang ada kekuatan dari segi keyword supaya entri aku antara entri orang cari di google. Selama ini aku tulis sesuka hati dengan gaya ala-ala santai hahaha. Keyword aku kelaut. Mugkin dalam sebulan dua lagi aku akan mohon lagi tapi sebelum tu aku kenalah study pasal keyword dari blog-blog pakar. Selain itu, aku akan ikut saranan google adsense.
![]() |
EMAIL MENGEJUT TERKEJUT DARI GOOGLE ADSENSE |
Tapii..aku sempatlah printscreen iklan google aku hahaha adalah juga kenangan untuk bagi semangat hahaha ciss.
13 comments
ermmm x pe yang penting ada usaha......
BalasPadamAbe Nik pon masa mula2 nak boleh masuk blog dalam carian google susah
sekarang tukar domain baru agak mencabar jugak
kiranya google masih belum bermanja dengan blog Abe Nik
pulakk..lempang google laju-laju..biasalah blog ni baru lagi hi3
Padamxpa boleh cuba lagi
BalasPadamtu baru peringkat awal, dah lulus pun nak kena jaga juga..
sop sendiri dah banyak domain kena blok.. nasib akaun xblok.. hahaha
Terima kasih atas sokongan :)
PadamReen pernah apply sekali.. Kena reject. Hahahaaa
BalasPadamhaha tu lah..tapi iklan google ads memang cantik kan banner dia. bukan nak kata kat nuff haha..
PadamDaftar Google Adsense Non Hosted (FULL APPROVE) itu mudah.
BalasPadamCara cukup :
1. Blog harus berumur 3 bulan.
2. Buat menu navigasi About Us, Contact Us, Sitemap dan Privacy Policy.
3. Menu navigasi diblog harus rapi agar pengunjung blog tidak bingung.
4. Sewaktu mendaftarkan blog ke Google Adsense jangan pernah ada Iklan lain yang nempel di blog (blog wajib ditolak Google Adsense.
5. Pasang widget POPULAR POSTS, ARCHIVE dan RECENT POSTS.
6. Konten jangan COPY PASTE.
Itu dia tips agar blog cepat di terima menjadi Publisher GOOGLE ADSENSE
Best regards
Berita Teknologi
tahniah
BalasPadamdah 2 kali apply tapi tak lulus jugak
BalasPadamcuba lagi :)
Padampeh dah kira ok la ni siap ade yg pernah menari2...apply byk kali pun jgn kata nk menari2..mengensot pun tarak haha
BalasPadamamboi mengensot..macam seram je haha takpa2 try lagi
PadamSebenarnya google adsense ni untuk apa ye? Masih blur blur la
BalasPadam