PENGALAMAN MISTIK MENYIAPKAN TUGASAN ILMU PENDINDING
- 11:57:00 PG
- By tinta hayati
- 5 Comments
Pengalaman ini dilalui sendiri oleh
Hayati. Tujuannya supaya pembaca lebih berhati-hati mengambil pengajaran dan
iktibar daripada story ni (ilmiah gila ayat aku).
Begini kisahnya, kira-kira tiga tahun
yang lalu, Hayati diberi tugasan tentang ilmu pendinding. Ala...assignment
dalam bahasa omputihnya. Kami dikehendaki..kalau bolehlah siapkan tugasan
berdasarkan buku-buku ilmiah dan paling penting ada tugasan lapangan. Sebut
lapangan mestilah kena temuramah orang yang tertentu. Tugasan Hayati memerlukan
Hayati membuat dua perbandingan amalan ilmu pendinding dari segi ilmu
pendinding masyarakat melayu dan ilmu pendinding dari sudut Islam. Artikel ini
Hayati fokuskan ilmu pendinding masyarakat melayu yakni kepercayaan dan amalan
orang melayu dalam mengamalkan ilmu pendinding. Hayati memang seorang yang suka
bab-bab mistik dan misteri (banyak sangat tengok cerita hantu hehe). So, dah
dapat semua bahan dan orang yang hendak ditemuramah, tiba hari kejadian Hayati
pun pergilah jumpa orang tersebut.
Disebabkan gumbira sangat nak siapkan
tugasan Hayati pun tak adalah fikir bukan-bukan. Yelah masa tu manalah kita tau
kita muda belia remaja lagi hihi (perasan). Hayati jumpa orang tersebut waktu
malam ditemani seorang ahli keluarga (memang taklah nak p sorang-sorang.Bahaya
Ok!). Semuanya berjalan lancar. Semasa berlangsungnya sesi temubual,Hayati
just angguk-angguk jelah kalau ditanya. Yes..yes belaka. Tulis segala maklumat
dengan perasaan gembira. Hayati jugak diberi ayat?ayat? Disebabkan happy sangat
Hayati pun tak tengoklah ayat yang diberi betul ke tak. Hayati copy je ayat tu
dalam buku. Dah copy automatiklah mulut kita ni menyebut. Dah dapat maklumat
barulah ada semangat nak siapkan assignment. Dah selesai, sebaik melangkah
keluar dari rumah orang itu memang rasa lain..seram sejuk je,tak sedap hati pun
ada. Ditakdirkan malam tersebut Hayati tak boleh tidur sebab rasa panas. Atas
nasihat bapa saudara Hayati, dia suruh Hayati pulangkan balik. Pulangkan apa? Masa tu Hayati pun blerrr. Rupa-rupanya ada benda ikott. Memang takut gila
dah masa tu. Selesaikan semua tu Hayati pun balik kampus.
Balik kampus masih rasa tak sedap
hati. Tapi Hayati biarkan je sebab Hayati dah selesaikan dah.Rentetan bermula
dari mimpi..mimpi..mimpi..Sampailah hampir dua tahun Hayati takut nak tidur
waktu malam sebab asyik mimpi ngeri je.Hayati anggap mungkinlah Hayati terlupa
baca doa sebelum tidur kadang-kadang penat terlelap dengan sendiri dengan
jayanya. Kalau boleh
malam Hayati tak nak tidur, siang kalau ada masa Hayati tidur supaya malam
boleh lah stay up,walaupun baca buku otak blerr.
Akhirnya, disebabkan satu peristiwa
yang tak dapat Hayati sebutkan disini menyebabkan Hayati berubat dengan
pengamal perubatan Islam. Rupanya benda tu masih ikut. , alhamdulillah dengan izin Allah Hayati makin pulih
dan ok.Semuanya berlaku dengan izin Allah dan pulih dengan izinNya. Selepas,
pulih beberapa minggu ada tugas menarik tajuk Santau hihi. Berminat nak buat
tapi selepas diceramah oleh kawan-kawan tak jadilah, Hayati just buat tajuk
biasa-biasa je. Hayati kalau mimpi sebijik macam drama seram berepisod..hahaha
(saat tengah taip entri ini tetiba gambar selfie adik aku muncul.Terkejut aku,
gamaknya laptop terkejut seram baca story aku) .yang pasti muka makhluk tu
lebih seram dari hantu dalam drama tv. Pengajarannya, kalau buat tugasan berisiko
berhati-hati jangan terjah je macam Hayati.
Walaubagaimanapun, semua itu adalah pengalaman berharga. Berharga?? Bab
seram pun berharga ke? Berhargalah bila kita ditimpa musibah kita sedar dan
bermuhasabah diri. Berharga? Bila kita tahu ada perkara tak baik kita akan
selalu ingat Allah. Betul tak? (Ok! Aku macam dok bersembang pulak. Tinggi gila
tahap imaginasi tapi kisah ini kisah betul ok bukan imaginasi fantasi
fantastik).
Pertama kali tulis entri panjang
berjela-jela..hehe.
5 comments
yati, dekat mn yati jumpa pengamal perubatan tu? masih ade lg ke kat malaysia ni? takutnye~
BalasPadamAda..cuma perlu berhati-hati sebab luaran lain tapi disebaliknya kita tak tahu..Hayati pun tak sangka sebenarnya, masa berubat terkejut jugak.
Padamseram sejuk baca entry hayati ... dulu ceri pun ade jgk kena ganggu masa tinggal kat asrama dulu,ingatkan ceri sorang je,rupa-rupanya ramai yg kena ganggu ngan makhluk tu huhuhu....
BalasPadamhayati dulu pun tinggal di asrama..masa sekolah jugak,asrama biasalah macam-macam kisah..hehe
PadamPengalaman yg bermakna..bkn semua boleh merasa. Sebagai peringatan untuk kita. TQ for sharing :D
BalasPadam