Hampir 3 tahun berada di USM Pulau Pinang, tahun lepas
merupakan tahun pertama aku berpuasa di kampus. Sepatutnya aku pulang ke
kampung setelah selesai peperiksaan semester tetapi disebabkan tarikh kajianku
dilanjutkan oleh pensyarah so aku pun stay kat kampus. Walaupun semua warga
kampus sudah balik kampung dan bilangan berpuasa di kampus tak ramai, semua tu
tetap menjadi kenangan paling indah untukku simpan dalam setiap kotak memori
hidupku (berkotak-kotak bagai) dan sering membuatkan aku tersenyum sendirian apabila teringatkan
keletah kawan-kawanku yang sangat sempoi dan gila-gila (huhu penat gila buat
ayat diari). Paling buatkan aku mereng masa hari pertama puasa kalau tak silap
aku, aku tinggal di Desasiswa Indah Kembara yang terletak dalam kawasan kampus
tetapi masa nak siapkan kajian tersebut kami ditempatkan di desasiswa Restu yang
terletak agak jauh dari desa aku (kolej kediaman di USM ,dikenali sebagai
desasiswa).Harta karun aku agak banyak terutamanya buku-buku kesayangankuu (aku
gila buku).
Rumah kedua selepas rumah sendiri..DESASISWA INDAH KEMBARA,USM |
Bayangkan bulan puasa kami geng takda kenderaan terpaksa
memanjat library dan keluar menyiapkan kajian yang tak siap. Mujurlah kebanyakkan
kami dah siapkan kajian luar..kajian lapangan dan temuramah sebelum bulan
puasa. Sepanjang bulan puasa Cuma taip-taip tesis dan membuatkan rujukan
ilmiah. Mujurlah ada student cab yang masih ada masa tu tapi dah
dekat-dekat nak raya susah nak dapat cab dan kerisauan tak berpanjangan apabila
kawan kami dari kelantan yang ada kereta dah balik kampus.Bolehlah kami berjalan-jalan
di bazar Pulau Pinang hihi. Alhamdulillah..sepanjang menyiapkan kajian tersebut
kami berjaya mengharungi dugaan dan cobaan dengan jayanya walaupun penat stress rasa nak bagi penumbok. Paling bermakna semasa berbuka puasa kami dari
selatan, utara, pantai barat,pantai timur semua berkumpul berbuka ramai-ramai
happy sangat-sangat (awat kata ganda banyak sangat haha). Memori paling gila,
2..3 hari sebelum raya dengan perasaan menggila siapkan tugasan. Mau tak gila
sebab ramai dah balik kampung halaman. Apalagi pagi,tengahari,petang,malam
menaip berpuluh page +++mata berpinar-pinar dan nak pitam mengadap
laptop..keypad laptop aku dah 2..3 tercabut gagah masukkan
balik...faham-fahamlah kita student selagi tak nazak laptop carilah ubat
cepat-cepat hahha.
Bersama-sama rakan-rakan tercinta hehe.. |
Paling penting aku rindu gila kat sekolah ,USM, Desiswa Indah
kembara,Pulau Pinang,kawan-kawan dan my romate, Dulu kemain lagi menghitung hari
nak cepat-cepat habis studi. betul cakap cikgu zaman belajar zaman paling best.
Harapanku, aku berharap dapat jejak kaki ke USM lagi sebagai pelajar walaupun
aku masa tu dah tua hehe. Amin.
0 comments