Asslamualaikum..
Semenjak dua menjak ini, Hayati dapati novel-novel seram semakin best. Dengan gaya dan olahan yang menepati citarasa khalayak pembaca. Masih berlandaskan konvensi naratif bergenre seram tapi dengan gaya yang tidak 100% seram je..Antara novel seram yang Hayati rasakan sebuah novel seram yang sangat menarik ialah novel seram Rakus.
SINOPSIS DARI NOVEL:
TAJUK: RAKUS
PENULIS: FITRI HUSSIN
PENERBIT: ALAF 21
Ini cerita dunia sihir, dunia
syaitan. Dunia berakar dari Babil yang masih menebal di nusantara ini. Dunia
yang menuntut pengamalnya menyekutukan ALLAH SWT dan melaksanakan ritual yang
menjijikkan. Syaitan diseru demi memenuhi nafsu rakus.Habshah wanita yang
disihir selepas tewas dengan tipu daya. Dia disihir oleh seseorang yang tidak
disangka-sangka demi memenuhi nafsu rakus. Salim hadir, cuba merawat Habshah
namun tewas ditangan orang yang menyihir Habshah. Ilmu hitam lawannya itu
terlalu tinggi. Salim sempat diselamatkan oleh Ustaz Yahya dengan izin ALLAH
SWT. Karim hanya menjadi pemerhati pertempuran ilmu batin di antara Salim,
Ustaz Yahya dan penyihir Habshah. Dia mendapat jalan keluar dari keadaan
runcing itu. Jalan yang diyakini membuatkan dia mengecapi kemewahan. Jalan yang
membuatkan dia akan dikenang sampai bila-bila. Adakah jalan yang dipilihnya itu
tepat? Azlan, anak muda yang hadir untuk menyambung kembali silaturahim
keluarganya. Tentangan amat dasyat diterimanya. Mampukah dia menghadapinya? Ini
cerita dunia sihir, dunia syaitan. Dunia segala-galanya geleman.
Novel Rakus boleh didapati di bookcafe.com.my
0 comments