DUNIA KAMPUS: PERBEZAAN ANTARA SEKOLAH DAN UNIVERSITI
- 1:11:00 PG
- By tinta hayati
- 0 Comments
Assalamualaikum...
PENYEDIAAN NOTA
SEKOLAH
Biasanya nota diberi sepenuhnya oleh cikgu.
IPT
Pensyarah akan beri syarahan dalam kuliah. Biasanya nota pensyarah disediakan dalam bentuk slide
yang terdapat hanya isi-isi penting topik sahaja. HURAIAN?..Kebiasaannya pensyarah jarang bagi
huraian panjang lebar secara bertulis. HURAIAN atau MAKLUMAT secara detail korang kenalah
dengar betul-betul apa yang pensyarah syarahkan. Kemudiaan,dapatkan buku-buku rujukan yang
betul untuk rujukan topik yang diajar.
TIP
Jangan terlalu berharap pensyarah memberi nota sepenuhnya. Permulaannya mungkin sukar
menyesuaikan diri. Nanti lama-lama korang faham dan tahu apa yang perlu buat. Pelajar IPT kenalah
berdikari. Betul tak?
MENCATAT NOTA
SEKOLAH
Kebiasaannya guru sediakan nota, pelajar hanya menyalin. Paling tidak pun nota dicatat
berdasarkan rujukan buku teks.
IPT
Pensyarah memberi syarahan, pandai-pandailah pelajar catat nota. Hayati mula- mula belajar
dulu pun tak tahu nak buat catatan ringkas nota. Salin semua sebab rasa macam semua yang
ada di slide pensyarah penting je hihi..
TIP
Usah bimbang. Keadaan ini tak akan berlarutan sampai 4 tahun lamanya,Boleh tanya senior ,
tak pun secara semulajadi korang boleh buat nota ringkas.
BAHASA
SEKOLAH
Guru mengajar dalam bahasa Melayu atau Inggeris
IPT
Lebih banyak bahasa digunakan terutamanya pelajar yang belajar di luar negara. Hayati fokus U
dalam negara jelah. Biasanya bahasa Melayu dan Inggeris ( lain U,subjek mungkin terdapat
perbezaan). TAPI AWAS! jangan fikir jika anda belajar subjek yang anda rasakan 100% diajar dalam
bahasa Melayu pensyarah akan guna bahasa Melayu. Kemungkinan besar pensyarah menggunakan
bahasa Inggeris, bahan-bahan rujukan berbahasa Inggeris dan anda perlu bersedia. Terdapat
sesetengah fakulti mewajibkan pelajar mengambil subjek yang diajar dalam bahasa Inggeris. Tugasan
juga ditulis dalam bahasa Inggeris.
TIP
Saboo jelah. Hari tersebut pasti tiba jugak. Bersedia dan cuba..cuba dan cuba. Jangan lari dari bahasa
Inggeris.
KEMESRAAN TENAGA PENGAJAR
SEKOLAH
Guru yang ramah dan penyayang.
IPT
Pensyarah pun ada yang ramah dan friendly tapi sebahagian sukar untuk didekati sebab
pensyarah agak sibuk dengan urusan universiti dan pelbagai komitmen.
TIP
Jangan risau. Biasanya pensyarah akan menetapkan waktu pertemuan untuk perbincangan. Kalau
mahu berurusan dengan pensyarah sebaiknya hubungi/mesej pensyarah buat appoiment dengan
pensyarah.
PENULISAN
SEKOLAH
Siapkan kerja rumah dan karangan.
IPT
Mesti siapkan assignment atau tesis. Penulisan tugasan lebih bersifat ilmiah.
TIP
Rajin-rajinlah baca buku-buku ilmiah atau majalah ilmiah. Digalakkan menyertai seminar
atau program teknik penulisan ilmiah. Masa Hayati belajar di USM satu sem Hayati perlu belajar
subjek Kemahiran Belajar yang merangkumi teknik belajar, teknik buat nota, teknik penulisan ilmiah
dan banyak lagilah yang berkaitan dengan teknik penulisan ilmiah.
0 comments