Aku dah ada skincare baru. Disebabkan usia makin tua hehe aku pilih Safi
Rania Gold. Setakat ni aku berani guna brand Safi je brand lain agak takut2 nak
guna sebagai skincare utama. Kulit aku ni agak sensitif. Lagipun aku dah tak
sunggup nak hadap masalah jerawat macam zaman silam ku dulu hehe.ada orang
cakap safi rania sesuai untuk usia 30-an gitu tapi usiaku pertengahan
20-an..alhamdullilah serasi hehe.
Lepas aku survey and baca review produk kat blog-blog aku pun beli. semua
produk aku beli kat watsons.tak lah guna satu set lengkap..sebab aku beli brand
lain jugak yang serasi dengan kulit aku untuk routine skincare.
Minggu pertama pakai muka aku gatal-gatal sikit dalam dua tiga hari
lepas tu terus okey. dulu aku guna safi juga tapi pembersih wajah je .So
aku review untuk korang yang tercari-cari skincare yang baik. Review
berdasarkan pengalaman aku ..beli guna duit sendiri..blog sendu sapelah nak
sponser hahaha :p
- Permbersih wajah safi rania ni best sangat. Korang picit sikit je dah
berbuih banyak..memang jimat sangat.kalau cleancer lain kena picit banyak baru
berbuih-buih. Bau wangi gila.
-HASIL: Kulit wajah rasa lembab dan lembut je wei. Untuk melembut dan
tegang kulit wajah sangat bagus tapi tidak untuk memutihkan kulit.
Sekarang ni aku dah tak kesah dah kulit aku sawo matang asalkan sihat. Dulu
masa zaman tak cerdik aku pun gedik dah putih melepak haha.
-Beli di watsons shopee. Harga asal RM 16.90 .aku beli masa promosi
RM13.xx ... 'xx' sen..sen sebab aku tak igt berapa sen hahaa
2)TONER
-Aku cuba toner safi aloevera+habatus sauda dan Nivea. Malangnya dua-dua
produk menyebabkan kulit aku pedih dan berjerawat pasir. Aku stop dan usha
toner baru. Disebabkan aku selesa dengan produk safi rania gold yang lain aku
pun try toner safi rania. Memang best sangat. Aku suka bau bunga mawar dalam toner
safi rania. Kulit aku tak pedih dan tak berjerawat.aku baru beli je tapi aku
memang suka bau toner ni..
-Harga RM16.XX aku beli masa promosi RM13.70
3) ESEN EMAS KEREMAJAAN
4)KRIM PELEMBAP SIANG
-krim pelembab siang ni kelebihannya tak melekit dan terus serap ke kulit.
- sejak kebanyakkan brand safi letak habatus sauda aku tak boleh guna sebab
kulit tak serasi. Kulit rasa pedih,panas kertu je. Serius suka safi yang
dulu-dulu. Janganlah pulak safi rania gold dorag letak habatus sauda. Kesian
aku haha. Kulit aku lah kulit orang lain aku tak tau hehe.
-Harga asal dalam RM25.xx tapi bila promosi harga boleh jadi sampai RM15.xx je.aku beli masa tu harga RM21.xx
3)KRIM KECANTIKKAN
-Bagi aku krim kecantikkan safi rania memang best. Buatkan kulit nampak
flawless je n shine2 gitu haha. Bagi kulit oily jangan sapu banyak sebab krim
ni buatkan kulit berminyak. Kulit aku normal tapi aku cuma calit-calit sikit
je. Agak lama sikit dia akan blend elok je kt muka.
-Harga RM11.xx. Aku beli masa promosi RM8.xx je
|