Jumaat, 7 Julai 2017

RESEPI : CARA MUDAH BUAT KUAH LAKSA



Aku memang hantu laksa. Kalau aku pergi mana-mana kedai makan mesti tak teragak-agak nak bungkus laksa walaupun aku dah melantak nasi dan menu lain. Tapi kalau sekali aku beli tak sedap aku memang tak akan beli dah. Kalau kedai jual laksa sedap aku tak akan berfikir panjang nak beli banyak kali.  Silap-silap boleh  terindu-rindu laksa yang dimasak penuh keiklasan dan sedap itu hihi. Kalau kat rumah memang selalulah masak laksa. Kadang-kadang beli kat gerai macam tak berbaloi sebab boleh makan sekali je dahlah dalam rumah aku ni peminat laksa ramai kot jadi kalau masak sendiri lunch, makan petang dan dinner pun makan laksa haha.


Sekarang ni kita kisahkan tentang kuah laksa. Kalau laksa tu beli di kedai dan rebus je lainlah kalau korang terlajak rajin nak buat jugak laksa hehe... Kuah laksa kalau tak sedap boleh spoil mood dan murung seketika😞😞.  Duit terbang laksa tak sedap dek kuah laksa tawar macam di tambah air berbaldi-baldi.kuah laksa aku buat ni mudah je sebab aku suka masak simple-simple kalau dah susah sangat tu aku pun tak tak berapa semangat nak masak😁.


RESEPI : CARA MUDAH BUAT KUAH LAKSA
laksa simple dan sedap 😋

BAHAN-BAHAN MASAK KUAH LAKSA:

1. Ikan sardin dalam tin -dikisar-(2 tin saiz besar-untuk hidangan lebih dari 8 orang)
2. Cili kering+sebiji bawang putih-dikisar-
3.Daun kesum (ikutlah berapa banyak ikut sesedap hati)
4.Beberapa keping asam keping. (ikutlah berapa banyak ikut sesedap hati)
5.Bawang Merah besar dihiris (1biji)
6.garam (secukup rasa)
7.Ajinamoto(secukup rasa).
8. air kosong



CARA MASAK:
1. Sediakan periuk.
2. masukkan sardin yang telah dikisar+cili kering dikisar (kalau nak pedas masukkan banyak kalaut tak sikit pun ok) +daun kesum+asam keping+bawang yang telah dihilis.
3. Letak lerr atas dapur dan jangan lupa hidupkan api.
4. Tambah air secukup rasa jangan sampai tak pekat pulak. Elok ikut tips aku ni tambah sikit-sikit dan berhati-hati.
5. Masukkan garam dan ajinamoto
6.biarkan sehingga mendidih. Rasa dah sedap tutup api gas dan boleh hidang.
*famili kami memang tak guna bunga kantan dan belacan. Sebab ada yang sengal-sengal urat dan elergik haha.



Show comments
Hide comments

1 ulasan:

  1. kalo masak laksa memang dari jauh daa boleh bau teka.. suka tolong perisi ikan tapi tak minat laksa hihi..

    BalasPadam