PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE BERJAYA!

Sempena bulan Syawal nan mulia ni dalam tempoh seminggu aku dapat dua berita happy. Pertama, proposal drama tv yang aku hantar kat RTM dah diluluskan dan keduanya, permohonan google adsense aku berjaya. Dulu aku pernah kisahkan permohonan google adsense aku ditolak sebanyak dua kali. Korang boleh baca entri ni [PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE GAGAL].

Selepas permohonan aku ditolak aku dah tak apply dah. Malas. entah camna hati aku ni tetiba nak apply adsense beberapa hari sebelum raya. Jadi aku klik jelah apa yang patut dan aku memang tak letak harapan yang tinggi haha. Selepas apply aku memang tak tengok langsung blog aku sebab buzy nak raya kan.

Dua hari lepas baru aku tengok blog aku, tetiba muncul iklan. seingat aku,,aku dah remove iklan nuffnang sebab iklan nuffnang agak sepi walaupun ada yang cakap iklan nuffnang tak jejaskan permohonan google adsense..tapi memang aku saja je remove iklan tu. Bila iklan dah menari-nari aku pun check email aku..dah empat hari dah google adsense aku ni dah diluluskan. Disebabkan dan hampir seminggu so rasa confident sikit nak buat entri ni. aku bukannya apa nanti jadi macam dulu tak sampai 24jam iklan dah tak ada sebab tetiba dapat email tak layak pulak. Pening dibuatnya.

PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE BERJAYA!
email dari google adsense beberapa hari yang lalu..


Jadi aku nak share tips yang  aku dah buat sebelum apply google adsense ni. semua ini berdasarkan apa yang aku dah lakukan..lain orang lain cara aku klik..klik je.

1. Aku rujuk blog HASRUL HASSAN. blog Hasrul Hassan banyak juga tips tentang google adsense.

2.Aku kemaskini menu. Aku letak CONTACT, DISCLAIMER dan PRIVACY POLICY. Aku rujuk blog-blog lain sebagai panduan cara nak tulis ketiga-tiga item tu.

3. Entri aku sebelum ni pendek-pendek je jadi aku mengarang bagi banyak sikit patah perkataan. entri yang tak bermanfaat aku dah delete sebelum apply google adsense. Masa aku mohon adsense entri aku semuanya ada 121 post.
PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE BERJAYA!
Google adsense

PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE BERJAYA!
google adsense


4. Masa aku apply aku guna template blogger.com jadi aku tambah meta tag seo, dan lengkapkan code google analytics dan google site verification (aku tak pastilah ini salah satu faktor ke tak tapi aku lengkapkan je,,tak rugi pun). Bukan apa template blogger.com boleh edit bagi lawa sikit kalau template lain hitam putih dan aku tak reti nak edit guna code-code tu semua haha.Tapi sekarang aku tukar template lebih responsive dan seo friendly gitu. Biasanya aku guna template by arlina design. bolehlah usha lebih template comel di https://gooyaabitemplates.com/.

5. Tak silap aku ada satu part dalam blog aku setting bahasa inggeri jadi aku tukar ke bahasa melayu sebab blog aku bahasa melayu. aku tukar yang ada di setting blogger.com dan juga di Meta Tag Seo. aku tukar sesedap hati aku je..cuma try selepas iktiar dulu-dulu tak berjaya.

Itu je aku nak share tapi korang bolehlah cari tips yang lebih bagus di blog otai-otai. selepas ni boleh apply google adsense untuk blog korang :)


You Might Also Like

7 comments

  1. Sudah rezeki kan, Alhamdulillah... Saya masih gagal sebab benda lain... hihi...

    BalasPadam
  2. tahniah berjaya selamat mencari lubuk USD.

    BalasPadam
  3. I take pleasure in, cause I found just what I was taking a look for. You've ended my 4 day lengthy hunt! God Bless you man. Have a nice day. Bye

    BalasPadam
  4. Tahniah!........ tumpang bahagia...

    BalasPadam