BELAJAR MEMASAK



Ok, jujur aku dulu memang tak suka memasak haha suka makan je. Masa kecik dulu aku nak tolong mak aku tapi mak aku suruh pergi main jauh-jauh sebab takut kena minyak panas hihi. Jadi, masa aku lebih banyak habiskan masa belajar dan bermain, itu kisah masa aku sekolah rendah. Masa aku sekolah menengah bab nak bermain ni dah kurang dah, aku Cuma fokus belajar dan masa lapang aku , aku lebih suka habiskan masa dengan membaca buku je. Jadi aku memang tak reti nak masak..haha masak telur goreng tu bolehlah. Masak nasi pun terkial-kial lagi tambah-tambah kalau guna dapur kayu or dapur gas.


BELAJAR MEMASAK


Aku start memasak kalau tak silap aku masa form 2 barulah aku terkial-kial nak masak. Bukan apa aku bosan sebab ponteng sekolah haha. Asal ada subjek matematik je aku macam agak malas nak pergi haha pliss jangan ikut perangai buruk aku ni. So, masa aku memonteng aku belajar memasak kat rumah. Bukan apa masa tu kawan-kawan aku sukalah bawak masakan dorang kat sekolah tak kisahlah cucur ke cake ke..Kawan aku masa sekolah rendah dah terrer memasak haha aku ni balik sekolah makan je tahu.. Lepas dari itu aku dah bolehlah jugak memasak walaupun masakan simple. Kalau boleh memasak yang simple in shaa allah akan boleh masak masakan yang agak mencabar walaupun tak sedap haha. Ok first time aku memasak aku masak sambal ikan. Tapi kan satu rumah sakit perut hehe..

Jadi untuk gadis-gadis yang baru nak belajar memasak aku ada seketul dua tips. Walaupun aku ni masih lagi belajar memasak haha. Tips untuk permulaan yang nak belajar memasak berdasarkan pengalaman aku.



1. Haruslah ada semangat. Ok kalau malas susah sikitlah. Bagi rajin dan ada semangat sikit. Lagi satu parent pun kenalah sokong anak-anak baru belajar memasak ye. Macam aku, ayah aku puji sambal aku sedap walaupun selepas tu sakit perut haha..

2.Masak masakan yang mudah. Kalau boleh masak dulu masakan yang mudah..simple  macam sup ayam. sebab nanti kalau masak masakan yang susah-susah jadi give up pulak kan. Tambah-tambah kalau kena kutuk hihi.

Aku rasa nak gelak baca tips aku bagi haha..Kadang-kadang aku masak aku campak-campak je masuk dalam kuali. Asalkan sedap udah lerr haha kadang-kadang aku pun tak tahu aku masak apa. Dorang telan aku happy jelah kan haha. 

BELAJAR MEMASAK
jangan kecam haha...ok kalau aku goreng nasi, cili berketul-ketul memang aku je selera nak makan..aku peminat makanan pedas😂😂



You Might Also Like

2 comments

  1. Lepas ni bolehlah baca buku resipi pulak.

    BalasPadam
  2. ngeh3.. samalah. tapi CT suka gak masak cuma malas. balik kg je kazen2 ramai depa conquer dapur so kita xdak chance. tua tua ni je dapat asah bakat sket.. sikit jela kalo tengah rajin hihi..

    BalasPadam