AKU, JERAWAT DAN HATI



jerawat
Masalah Jerawat
(sumber:Google Image)
Amboiii! Dramatik tak tajuk entri? Ala-ala tajuk novel and drama gitu..hihi. Aku,jerawat dan hati?Yelah..masalah jearawat pun beri kesan pada hati dan perasaan ok. Dalam dunia ni siapa tak pernah ada masalah jerawat? Kalau tak pernah ada memang beruntunglah orang itu. Bukan nak kata orang ada jerawat tak beruntung, maksud Hayati dah terlepaslah satu masalah. Jerawat pun satu masalah okey. Tapi tak apa..ada jerawat tu satu ujian untuk kita bersabar dengan masalah jerawat.
Hayati pernah alami masalah jerawat yang sangat teruk. Masa zaman sekolah kulit muka Hayati berjerawat dan berminyak.Kita sekolah tak tahu sangat bab-bab produk bagi hilang jerawat nih. Redha jelah.Jerawat, +++parut jerawat memang teruklah muka Hayati. Bila jumpa orang or kawan-kawan mesti depa tegur pasal jerawat. Sedih tau...bukan Hayati minta jerawat bertenggek atas kulit muka (bertenggek? Macam nak gitaw story hantu jer) tapi jerawat tak malu nak tumbuh dengan jayanya kat muka Hayati. Hari-hari tengok cermin usha jerawat. Bilalah jerawat nak nyah dari muka i. Masalah jerawat bermula apabila Hayati tukar produk pembersih wajah.Tak sangka pulak kulit tak serasi.

Masa sekolah menengah, Tingkatan dua rasanya (ingat-ingat lupa pulak), ditakdirkan Hayati kena deman campak. Huuuu tragis dah la kena demam campak jenis campak besar-besar dan bernanah. Merana sungguh nak lap muka. Sampai tak mau tengok cermin. Bila deman campak dah ok ,parut campak pulak membuatkan masalah makin teruk. Jerawat+parut jerawat+parut campak. Orang kata parut demam campak ni kekal, tambah-tambah kena hujan. Untuk kurangkan parut semua tu Hayati pakai bedak sejuk+daun pandan+daun asam jawa (boleh hilangkan gatal-gatal campak). Parut pun dah kurang tapi parut campak+parut jerawat susah sikit nak hilang, mak Hayati pun beli ubat hilangkan parut di farmasi (Hayati lupa jenama krim hilangkan parut tu, dah lama dah..tak ingat). Alhamdullilah segala masalah pasal jerawat hilang, asal nak bagi hilang parut tapi sekali dengan jarawat pulak hilang. Bila kulit muka Hayati dah pulih memang Hayati jaga baik-baik. Tak mau dah jadi macam dulu.

Antara Hayati amalkan supaya jerawat malu nak singgah kat muka Hayati balik..ialah..

1)      Cuci muka dengan air suam

Mudah je, guna air suam (jangan guna air panas pulak karang bukan jerawat je hilang sekali kulit hilang tau), basuh muka dengan air suam tapi lebih baik guna tuala bersih ataupun tisu muka lap-lap muka dengan air suam. Kalau ada sebijik jerawat kat muka Hayati cepat-cepat Hayati lap atau basuh dengan air suam supaya jerawat kecut then jerawat hilang. Dah bertahun Hayati amalkan cara ni, memang berkesan. Adik dan kawan Hayati pun lakukan cara ni alhamdulliah jerawat pun kurang dan kalau nak hilang tu kira bonus la tapi kena rajin la selalu ya. Selepas parut hilang hampir setiap hari Hayati basuh muka dengan air suam bila dah sibuk study Hayati cuma lakukan pada hujung minggu.

2)      Hanya setia pada satu jenama produk pembersih wajah (ciss..skema ayat nih)

Selepas kejadian jerawat itu, Hayati hanya guna satu jenama produk pembersih wajah je. Kalau kawan-kawan atau sesiapa gosip-gosip produk baru,terbaik,ape sekali pun Hayati dengar tapi tak berminat nak tukar produk. Dah bertahun, Hayati memakai produk pembersih wajah tersebut..tersebut nak sebut ke tak sebut..hoho..Hayati pakai produk Safi. Sebab Safi sesuai untuk kulit wajah Hayati.Tak kisahlah kalau orang cakap produk murah. Biar murah asalkan tak hancurkan kulit wajah i sudah.

3)      Krim wajah waktu malam

Hayati tidak amalkan krim wajah waktu malam..Biarkan kulit rehat. Yelah waktu siang dah pakai macam-macam kat muka kita. Malam apa salahnya biar kulit wajah kita relax dan bersih.


Tu je Hayati mampu kongsikan berdasarkan pengalaman. Harap bermanfaatJ.

You Might Also Like

5 comments

  1. nak lagi dramatic letak lah tajuk Mr Jerawat Batu or Suamiku Encik Jerawat... hehehe... just kidding...

    BalasPadam
  2. Kak Diamond masa zaman skolah dulu pon memang serasi dengan produk Safi je.. Produk lain kurang serasi.. ^^,
    RosmizaAli.Com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hayati asalnya memang pakai produk safi pastu tukar produk..naik jerawat.Hayati pakai produk safi sejak zaman sekolah rendah lagi sampailah sekarang. tak mau tukar dah :)

      Padam
    2. Kena try and error juga... mesti ada yang serasi....

      Padam